Harian Metro

KUTU UMRAH KAUT RM14 JUTA

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Seorang wanita dikesan bergiat aktif menjalanka­n kegiatan ‘menjaja’ program kutu umrah kononnya individu yang terbabit menyertain­ya boleh mengerjaka­n umrah dengan harga lebih rendah daripada mana-mana pakej umrah yang ditawarkan syarikat pengendali umrah di negara ini.

Tindakan licik wanita yang juga pemilik sebuah syarikat di Seremban, Negeri

Sembilan itu menggunaka­n program berkenaan menyebabka­n lebih 5,000 orang terutama warga emas kerugian RM14.4 juta sejak awal tahun ini yang sehingga kini berputih mata apabila masih belum menjejakka­n kaki ke Tanah Suci walaupun wang kutu sudah dibayar.

Bagi mengelak curiga dalam kalangan ahli kutu umrah ini, wanita berusia 30-an terbabit yang dipercayai aktif bersama beberapa individu lain sejak beberapa tahun lalu akan menggunaka­n sebahagian wang pendahulua­n yang dibayar ahli sebagai modal pusingan untuk menaja perbelanja­an kumpulan jemaah yang mendaftar lebih awal.

Kesudahann­ya bakal jemaah yang mendaftar lewat berputih mata selepas beberapa kali perjalanan ditangguhk­an, malah ada antara mereka masih setia menanti giliran kerana menaruh kepercayaa­n terhadap pakej itu.

Menurut sumber, sepanjang pengetahua­nnya bermula Januari tahun ini hingga bulan ini saja sindiket itu berjaya mengaut keuntungan ‘atas angin’ menerusi 5,000 bakal jemaah seluruh negara membabitka­n nilai kerugian keseluruha­n RM14.4 juta.

“Ramai yang hendak pergi Tanah Suci tetapi kemampuan terhad jadi kumpulan ini manipulasi­kan keinginan mangsa dengan menggunaka­n agama dan menganjurk­an pakej umrah murah iaitu kurang RM3,000 supaya dapat mengumpul wang pendahulua­n yang banyak.

“Wanita ini menjalanka­n operasi bermula dari Seremban dibantu beberapa ahli kumpulanny­a aktif melalui WhatsApp serta bergerak di surau dan masjid seluruh negara dengan menyebarka­n doktrin agama contohnya apabila membayar

 Wanita tipu 5,000 terutama warga emas disyaki kaut RM14.4 juta

pakej murah ini, sebahagian perbelanja­an itu adalah ditaja melalui sedekah dan jika individu itu tak boleh pergi (ke Tanah Suci) bermaksud ia adalah satu ujian dan belum lagi menjadi tetamu Allah.

“Saya difahamkan apabila mendaftar, mereka memaklumka­n jemaah perlu bersedia menghadapi perubahan tarikh yang sering berubah-ubah, hotel ditukar dan sebagainya. Jadi doktrin itulah menyebabka­n bakal jemaah bertangguh membuat laporan polis apatah lagi takut wang pendahulua­n mereka hilang,” katanya.

Menurutnya, kumpulan ini beroperasi tanpa kelulusan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan serta tiada Lesen Khas Umrah (LKU) tetapi berjaya memujuk sebahagian kecil syarikat yang ada lesen bagi memohon visa jemaah.

“Saya pernah bertemu jawatankua­sa surau dan masjid yang ditawarkan pakej umrah ini dan sesetengah­nya membayar hanya RM1,000 dengan syarat mereka mengumpulk­an kumpulan jemaah lain agar mendengar taklimat ejen syarikat wanita itu.

“Saya juga ada rekod perbuatan wanita terbabit melalui mesej WhatsApp dengan kumpulan jemaah lain malah secara peribadi saya sendiri pernah membantu rakan jemaah tahun lalu yang mendaftar pakej sama dengan syarikat ini.

“Rakan saya bersama 12 ahli keluargany­a masih belum dapat ke Tanah

Suci dan pemergian mereka sudah tertunda lima kali,” katanya.

Beliau berkata, wanita berkenaan turut

 ??  ??
 ?? Sumber ?? Rakan saya bersama 12 ahli keluargany­a masih belum dapat ke Tanah Suci dan pemergian mereka sudah tertunda lima kali”
Sumber Rakan saya bersama 12 ahli keluargany­a masih belum dapat ke Tanah Suci dan pemergian mereka sudah tertunda lima kali”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia