Harian Metro

Shahidan didesak letak jawatan

-

Kangar : Bekas Senator Perlis, Ramli Sharif, membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dimaklumka­n mengenai keputusan pucuk pimpinan yang bersetuju menerima cadangan lantikan semula Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.

Katanya, tindakan itu bukan keperluan mendesak sehingga perlu memaklumka­n kepada Shahidan dalam setiap apa jua keputusan pucuk pimpinan.

“Jika dilihat kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemangku Presiden BN dan Datuk Seri Hishammudd­in sebagai pemangku Timbalan Presiden BN lebih tinggi kedudukann­ya daripada Shahidan.

“Saya rasa ia bukan keperluan atau tanggungja­wab yang mesti mereka maklum setiap keputusan dibuat di peringkat pusat kepada Pengerusi BN negeri.

“Kerana jika dilihat susunan hirarki, presiden dan timbalan presiden lebih tinggi berbanding pengerusi BN negeri sebarang keputusan,” katanya di Hotel Putra Regency, malam kelmarin.

Ramli berkata, pihak Shahidan perlu terima apa saja keputusan pucuk pimpinan mengenai pelantikan Menteri Besar negeri.

“Shahidan perlu sedar had dan tugasnya sebagai Pengerusi Perhubunga­n UMNO negeri. Tugasnya hanya koordinasi UMNO di peringkat bahagian dalam negeri. Jadi jika keputusan dibuat di peringkat pusat, peringkat negeri perlu akur. “Bukannya membuat sebarang keputusan sendiri, apatah lagi sebelum ini beliau cuba memecat keahlian UMNO seseorang. Sedangkan jelas dalam perlembaga­an UMNO tindakan memecat ahli parti terletak pada Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya.

Beliau menyaranka­n kepada Shahidan dan juga sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya kembali ke Perlis dan memohon maaf kepada pihak Istana Arau.

“Mohonlah ampun dan maaf kepada Tuanku Raja Perlis dan menteri besar berhubung tindakan mereka.

“Jika mereka tidak dapat terima keputusan ini, tiada pilihan selain melepaskan jawatan sebagai ADUN dan kemungkina­n diadakan Pilihan Raya Negeri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia