Harian Metro

SINOPSIS TV

-

TV1, 7 MALAM PERGILAH AIR MATA

Mengisahka­n gadis naif bernama Sabrina yang ditimpa malang selepas diperangka­p rakan baiknya, Maria sehingga terpaksa berkahwin dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul.

Lebih malang, Sabrina menjalani kehidupan yang sukar apabila hidup bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Rumah tangga Badrul dan Sabrina mula goyah hingga menyebabka­n Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh bapa mentuanya, Datuk Hamidi namun kesedihann­ya tidak berpenghuj­ung.

Meskipun benci, rindu sentiasa bertamu di hati Badrul. Dek amarah dia menafikan kasih sayangnya terhadap Sabrina. Keadaan mula berubah selepas Sabrina minta diceraikan. Dapatkan Badrul mengubat rajuk dan luka di hati Sabrina?

Pelakon: Kamal Adli, Nelydia Senrose, Izreen Azminda dan Reen Rahim.

TV3, 7 MALAM

HALALKAN HATI YANG KU CURI

Satu hari Faiq termalu sendiri apabila Nadia berjaya menyiapkan kerja yang diberikan dengan pantas dan tenang.

Pelakon: Farah Nabilah, Aliff Aziz, Shah Iskandar dan Mimi Lana.

TV3, 9 MALAM PELANGI CINTA

Mengisahka­n Bunga, gadis periang yang cintakan buku. Risau melihat sikap Bunga, ibunya mendesak Bunga supaya segera mencari teman sebagai pelengkap hidup.

Pelakon: Mira Filzah, Hairul Azreen dan Syafiq Kyle.

TV3, 10 MALAM NUR

Permintaan Adam dan Nur mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. Adakah mereka mampu mengharung­i ujian ini?

Pelakon: Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiria­h dan Azhan rani.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia