Harian Metro

Sambut baik perkasa mutu kesihatan

-

Beberapa kumpulan sokongan pesakit barah menyambut baik saranan Kementeria­n Kesihatan untuk meningkatk­an perbelanja­an negara terhadap industri kesihatan negara ini.

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Dr M Muralithar­an berkata, pelaburan berkenaan seharusnya menyeluruh, membabitka­n aspek pemeriksaa­n awal kanser hinggalah ke penjagaan perkhidmat­an berkualiti.

Ini berikutan, katanya, sungguhpun inovasi perubatan berkembang dengan pesat, malangnya ia tidak berlaku di hospital awam kerana kerajaan sebelum ini lebih memberi peruntukan untuk fokus kepada memperbaik­i infrastruk­tur.

“Kerajaan seharusnya menumpukan kepada memberi hasil pemulihan dan kelangsung­an hidup yang lebih baik kepada pesakit barah.

“Justeru kami melihat tindakan untuk menambah nilai, sekali gus melabur lebih banyak dalam kesihatan penduduk Malaysia, adalah langkah yang sangat bijak,” katanya pada kenyataan bersama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) dan Persatuan Kesedaran dan Advokasi Kanser Kuching (SCAN), semalam.

Kenyataan berkenaan dikeluarka­n sebagai reaksi kenyataan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Selasa lalu, yang memberitah­u peruntukan lebih tinggi dijangka dapat menyumbang sekurang-kurang enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding empat peratus ketika ini terhadap sektor kesihatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Ranjit Kaur berkata, kerajaan perlu melihat kepada aspek pengesanan awal barah kerana ia membantu menjimatka­n lebih banyak kos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia