Harian Metro

TOMYAM MAMA...

 Wanita maut dirempuh motor pelajar selepas beli barang masakan untuk juadah berbuka

- Rosli Ilham cnews@hmetro.com.my

Hancur hati lihat barangan dapur dibelinya bertabur di atas jalan. Dia janji nak masak sedap untuk berbuka hari ini,” kata Arman Ahmad, 42, suami Wan Zaida Wan Zaid, 43, yang maut apabila motosikal ditunggang­nya bersama dua anak dirempuh sebuah motosikal lain ketika pulang dari kedai selepas membeli bahan membuat tomyam. Dua anaknya, Ahmad Qusairi, 7, dan Ahmad Saiful, 12, hanya cedera ringan, lapor Rosli Ilham.

Luluh hati saya apabila melihat mayat isteri terbujur di atas jalan

Arman Ahmad

“Pilu dan luluh hati selepas melihat barangan dapur yang dibeli arwah isteri untuk juadah berbuka bertabur di atas jalan.

“Hari ini (semalam) arwah berjanji mahu masak tomyam sedap untuk berbuka bersama anak,” kata Arman Ahmad, 42, suami Wan Zaida Wan Zaid, 43, yang maut dalam kemalangan motosikal tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Wan Zaida yang baru mengambil dua anaknya, Ahmad Qusairi Arman, 7, dan Ahmad Saiful, 12, dari Sekolah Kebangsaan Pulau Serai di sini, maut sebaik motosikal ditunggang­i dirempuh motosikal lain yang ditunggang pelajar di Kilometer 72, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Rempuhan itu menyebabka­n tiga beranak terbabit tercampak ke atas jalan manakala pelajar itu meninggalk­an motosikaln­ya di lokasi kejadian dan menghilang­kan diri.

Kedua-dua anak mangsa bernasib baik kerana hanya cedera ringan.

Ketika itu, arwah membeli keperluan untuk memasak tomyam dan mahu pulang ke rumah.

Arman yang tinggal di Kampung Peladang berkata, arwah keluar rumah jam 12.30 tengah hari untuk menjemput dua anak di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai di sini iaitu satu kilometer dari rumah mereka.

“Biasanya arwah memberitah­u saya setiap kali hendak keluar, tetapi hari ini (semalam) saya terkejut apabila dia keluar tanpa makluman.

“Setengah jam kemudian, jiran datang memaklumka­n arwah dan anak kemalangan. Saya sangka ia kemalangan kecil sebelum bergegas ke lokasi.

“Luluh hati dan saya hampir tidak berdaya apabila melihat mayat isteri terbujur di atas jalan. Namun, saya reda dan bersyukur kerana dua anak kami hanya cedera ringan,” katanya.

Arman berkata, Allahyarha­m isterinya seorang yang sangat baik dan hasil perkahwina­n selama 22 tahun, mereka dikurniaka­n enam anak berusia tujuh tahun hingga 19 tahun.

“Beberapa hari lalu, arwah beritahu dia berniat menyediaka­n tomyam paling sedap untuk kami anak beranak berbuka puasa. Jadi, selepas jemput anak di sekolah, arwah terus ke kedai.

“Malang sekali, hajatnya tidak kesampaian. Siapa tidak sedih kehilangan isteri sekelip mata apatah lagi menjelang Aidilfitri.

“Bagaimanap­un, saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah mengesahka­n kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Dungun untuk bedah siasat.

“Setakat ini, polis giat mengenal pasti penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu. Saksi kejadian diminta menghubung­i balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Saiful (kiri) dan Ahmad Qusairi
meraung melihat mayat ibu mereka terbaring di atas jalan.
AHMAD Saiful (kiri) dan Ahmad Qusairi meraung melihat mayat ibu mereka terbaring di atas jalan.
 ??  ?? KELUARGA Wan Zaida menunggu jenazah untuk dibawa pulang.
KELUARGA Wan Zaida menunggu jenazah untuk dibawa pulang.
 ??  ?? MANGSA maut di tempat kejadian selepas dirempuh motosikal lain.
MANGSA maut di tempat kejadian selepas dirempuh motosikal lain.
 ??  ?? WAN Zaida
WAN Zaida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia