Gabungan 10 jenis bahan
Jus SMART IQ-G bantu ibu bapa penuhi diet seimbang terutama nutrien bagi anak
Cahaya mata yang gagal menumpukan perhatian di dalam kelas, letih, lesu dan tidak bermaya hingga prestasi akademik merosot pasti menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.
Malah, segelintir ibu bapa mengakui ia berpunca daripada faktor kegagalan mereka memenuhi keperluan menyediakan diet seimbang terutama nutrien bagi anak masing-masing.
Menyedari masalah itu mendorong ibu kepada dua cahaya mata dan Ketua Pegawai Eksekutif Vidara Sdn Bhd, Datin Rafidah Mohd Bikan memperkenalkan Jus SMART IQ-G.
Beliau berkata, makanan tambahan yang diperkenalkan dua tahun lalu itu boleh didapati dalam dua perisa iaitu strawberi dan mangga.
Menurutnya, Jus SMART IQ-G mengandungi khasiat penting seperti serat, kalsium, vitamin dan mineral yang membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.
Katanya, antara kandungan Jus SMART IQ-G termasuk luban, kismis, badam, buah delima, habbatus sauda, kurma, zafaran, goji, madu, buah tin dan cengkih.
“Gabungan 10 jenis bahan berkenaan menjadi pilihan tepat ibu bapa sebagai bekalan nutrien bagi anak malah SMART IQ-G diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM) dan dijamin halal sesuai diminum semua peringkat usia termasuk ibu mengandung, kanak-kanak dan dewasa.
“Ia tiada kesan sampingan kerana estrak bahan semula jadi dan boleh diamalkan setiap hari,” katanya.
Rafidah berkata, keistimewaan jus itu termasuk meningkatkan daya tumpuan dan membantu perkembangan minda.
Beliau berkata, ia juga membantu untuk menyuburkan sel otak, meningkatkan kecerdasan otak, memupuk semangat untuk belajar, menstabilkan emosi dan memudahkan penghafalan.
Menurutnya, menerusi pengambilan ia menjadikan tubuh tidak mudah lesu dan mengantuk selain membantu mengurangkan simptom nyanyuk.
Katanya, bahan utamanya ialah luban atau kemenyan Arab untuk meningkatkan daya ingatan.
“Setiap botol mengandungi 250 mililiter (ml), bagi penggunaan dua hingga tiga minggu. Pengambilannya juga mudah iaitu satu sudu besar pagi dan petang atau malam sebelum makan,” katanya.
Rafidah berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Jus SMART IQ-G atau ingin menjadi ejen boleh melayari laman web www.vidara.my atau facebook (fb) vidara HQ.
“Orang ramai boleh membeli Jus SMART IQ-G di Lazada, shopee atau di pejabat Vidara Sdn Bd di No 4-01, Tingkat 1, Jalan Setia Tropika 1/29, Taman Setia Tropika, Johor Bahru atau menghubungi talian 07-2074407,” katanya.