SEDAP BERSAMA KELUARGA
Nikmati peluang berbuka puasa dengan orang tersayang di Tonka Bean Cafe Impiana Hotel
Menikmati hidangan berbuka puasa bersama keluarga adalah peluang yang tidak dijangka lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Ramadan adalah bulan di mana ibu bapa dapat meluangkan sedikit masa terutama waktu berbuka untuk menjamu selera bersama anak-anak.
Bufet terbuka Tonka Bean Cafe di Impiana Hotel Kuala Lumpur adalah antara pilihan untuk dijadikan tempat berbuka puasa dan bersantai bersama keluarga dengan pelbagai sajian signatur bermula dengan pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Elemen seperti sajian tradisional dan moden pasti menjadi daya penarik Ramadan kali ini. Antara hidangan yang bakal menambat hati pengunjung ialah aneka salad, makanan laut, sajian kampung seperti gear box, gulai daging keting bersama rebung, roti Pak John, telur itik masak lemak, gerai BBQ, kari ikan pedas, rojak buah batu giling, ulaman serantau, sambal Melayu, jeruk dan kudapan.
Turut menjadi pembuka selera ialah hidangan seperti asam pedas jenahak, ketam masak lemak nanas dan kalio selangka kambing.
Menariknya, sama seperti tahun lalu pengunjung boleh menikmati hidangan bufet terbuka ditemani alunan persembahan tradisional daripada pemuzik jemputan.
Harga bufet yang ditawarkan RM148 dan untuk tempahan awal, pengunjung boleh hubungi 03-2147 1025 atau e-mel ke fnbrsvp.iklcc@impiana.com.