Wujudkan muzium bergerak
Apatah lagi, muzium adalah lokasi terbaik bagi pelajar sekolah menengah yang wajib lulus dalam subjek Sejarah untuk lebih mudah memahami penceritaan sejarah negara selain mengembangkan pengetahuan am.
Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia Mohd Azmi Mohd Yusof berkata, di bawah kelolaan Jabatan Muzium Malaysia sendiri terdapat 20 muzium antaranya Muzium Negara (Kuala Lumpur), Muzium Etnologi Dunia Melayu (Kuala Lumpur) dan Muzium Automobil Nasional (Selangor).
Beliau berkata, muzium di Malaysia mempunyai kepelbagaian dan pengkhususan yang boleh memberi banyak pengalaman kepada orang ramai khususnya golongan muda.
“Ketika ini, kami mahu lebih banyak golongan muda melawat muzium kerana mereka bakal menjadi pelapis pengunjung pada masa depan. Berikutan itu, kami menyediakan lebih banyak aktiviti bersifat interaktif kepada orang ramai.
“Selain itu, kami juga sudah menyenaraikan 153 program untuk disertai orang ramai sepanjang tahun ini antaranya aktiviti bermalam di muzium membabitkan semua muzium di bawah kelolaan Jabatan Muzium Malaysia. Ada juga beberapa muzium swasta yang berminat untuk turut serta pada 30 dan 31 Ogos ini,” katanya.
Di Malaysia terdapat pelbagai muzium yang boleh dilawati mengikut minat atau kecenderungan masingmasing, ada antaranya khusus kepada sektor tertentu seperti automotif, keislaman, kebudayaan dan ketenteraan.
Ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk golongan muda termasuk mencuba permainan tradisional, menonton tayangan dokumentari, memegang arca yang menyerupai artifak dan menyertai seni tarian.
Mohd Azmi berkata, apabila pengunjung dapat memegang arca diperbuat seakan-akan artifak asli, mereka akan lebih memahami mengenainya dan boleh menarik minat untuk terus memahami sejarah sesuatu tinggalan yang dipamerkan di muzium.
“Sesetengah muzium juga mengadakan aktiviti yang mengetengahkan kebudayaan pelbagai masyarakat di Malaysia dan menceritakan sejarah