TARIKAN MENU KAMPUNG
Pakej bufet Ramadan bermula RM158 tak lengkap tanpa lebih 50 juadah setiap hari
Dikenali sebagai lokasi makanan kontemporari di tengah bandaraya Kuala Lumpur, mempelawa peminat durian menikmati keenakan raja buah sepanjang Ramadan.
Peminat durian boleh menikmati rasa unik setiap ulas durian dikopek sendiri oleh chef
Westin Kuala Lumpur dengan promosi bufet serendah RM18 sepanjang Ramadan berbanding harga biasa iaitu RM48.
Selepas menikmati durian sebagai pembuka selera, pengunjung boleh menjamu hidangan berbuka yang menyelerakan di sini.
Sentuhan Eksekutif Chef Rudy Junaidie yang mengetuai kumpulan kulinari sebagai Pengarah Dapur di The Westin
Kuala Lumpur menawarkan lebih 50 juadah setiap hari kepada pelanggan yang gemarkan menu kampung.
Antaranya asam pedas claypot, ayam bakar sambal kelapa, gulai keting kambing keluak, beriani Westin dan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu.
Dapatkan pakej bufet Ramadan berharga RM158 bermula 19 Mei sehingga 12 Jun ini menerusi talian Westin Dining di 03-2773.8338 atau layari laman web thewestinkualalumpur.com untuk maklumat lanjut.
Diskaun turut diberikan kepada ahli sebanyak 20 peratus bagi promosi restoran di atas untuk makanan saja.
Kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun akan menerima potongan 50 peratus dan percuma bagi berusia empat tahun ke bawah.