Harian Metro

Simbah minyak panas

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Anggota penguat kuasa DBKL melecur angkara penjual keropok lekor

Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melecur di leher dan tangan kiri akibat disimbah minyak panas oleh seorang penjaja di persimpang­an Jalan Masjid India dan Jalan Bunus, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam, enam anggota penguat kuasa DBKL membuat pemeriksaa­n terhadap gerai penjaja terbabit yang menjual keropok lekor di lokasi berkenaan yang dikatakan menghalang laluan orang ramai.

Menurut mangsa, Mohd Irwan Sarip, 32, dia bersama rakan setugasnya membuat pemeriksaa­n itu selepas menerima empat aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan suami isteri yang meletakkan troli digunakan sebagai gerai di laluan orang ramai.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mereka membuat sitaan terhadap troli berkenaan kerana menjalanka­n perniagaan di laluan orang ramai selain kesalahan tidak mempunyai lesen berjaja di kawasan itu.

“Bagaimanap­un, lelaki terbabit enggan menyerahka­n troli itu hingga berlaku tarik-menarik menyebabka­n minyak digunakan untuk menggoreng keropok lekor yang dijual mereka terpercik dan terkena isterinya.

“Lelaki itu yang berang dengan insiden itu kemudian menyimbah minyak panas dalam kuali terbabit yang terkena bahagian leher dan tangan kiri saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Irwan berkata, rakan sekerjanya yang lain menahan lelaki itu dan berlaku pergelutan antara mereka kerana keengganan­nya menyerahka­n dokumen pengenalan diri dan memberikan kerjasama apabila mahu dibawa ke balai polis berhampira­n.

“Difahamkan, lelaki itu cedera di kepala akibat pergelutan dengan anggota penguat kuasa yang mahu menahannya sebelum dibawa ke balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut.

“Saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Lelaki itu juga mengugut kami dengan memberitah­u dia tidak berpuas hati dan akan mencari kami sebaik dibebaskan nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan,” katanya.

 ??  ?? BAJU seragam mangsa yang terkena minyak panas. TANGAN dan leher mangsa melecur terkena minyak panas.
BAJU seragam mangsa yang terkena minyak panas. TANGAN dan leher mangsa melecur terkena minyak panas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia