Harian Metro

Direman tiga hari ‘ minta’ RM3,800

-

Seorang pengawal keselamata­n dan jurujual dalam talian direman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan meminta suapan RM3,800 daripada seorang operator trak tunda, Selasa lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Siti Huzaifah Abdul Talib selepas permohonan dibuat Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Perintah reman bagi membolehka­n siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek berusia 24 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam kejadian jam 11.30 malam Selasa minggu lalu, pengadu yang bekerja sebagai operator trak tunda ke Persiaran Perdana Nilai selepas dimaklumka­n mengenai satu kemalangan jalan raya.

Dikatakan berlaku pergaduhan akibat perselisih­an faham dengan suspek yang terbabit dengan kemalangan kerana seorang lagi pemandu yang turut terbabit kemalangan mendakwa dipukul suspek. Selepas berbincang, suspek dan seorang lagi pemandu yang terbabit kemalangan bersetuju membuat aduan di balai polis.

Bagaimanap­un kelmarin, jam 7 malam, pengadu dihubungi suspek meminta suapan RM3,800 sebagai balasan untuk menarik balik laporan polis kononnya ketika pergaduhan sebelum ini pengadu menghunus pisau terhadapny­a.

Bagaimanap­un, jam 2 petang semalam, kedua-dua suspek ditahan SPRM dalam satu operasi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

 ??  ?? PENGAWAL keselamata­n dan jurujual dalam talian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membantu siasatan kes rasuah.
PENGAWAL keselamata­n dan jurujual dalam talian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membantu siasatan kes rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia