Harian Metro

‘Belok’ masuk parit

- Muhamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Pegawai JPJ bantu dua beranak, orang ramai tolong cuci lumpur

“Kami yang kebetulan melalui jalan itu terus berhenti sebelum membantu dua beranak yang terbabit kemalangan,” kata Ketua Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Alor Setar, Mokhtar Baharom.

Menurutnya, dia bersama Pembantu Penguat Kuasa Ahmad Asmady Mohamad Taib dan Pembantu Penguat Kuasa Mohd Tahaqif Che Ismail ketika itu sedang bertugas namun sebaik tiba di lokasi kejadian di Jalan Datuk Kumbar di sini jam 12.50 tengah hari kelmarin mendapati seorang wanita bersama anak perempuann­ya terbabit dalam kemalangan.

“Tanpa berlengah kami terus menghulurk­an pertolonga­n bersama orang awam mengangkat mereka keluar selepas terbabas ke dalam parit dan motosikal turut dibawa keluar.

“Mujur mereka tidak mengalami kecederaan sebelum orang ramai mencuci lumpur pada badan mangsa,” katanya. Mokhtar berkata, apa yang dilakukan itu adalah tanggungja­wab sosial membantu mereka yang mengalami kesusahan.

“Tugas kami ada ketika menemui pelbagai kes dan ini bukan kali pertama membantu orang ramai.

“Sebelum ini saya sendiri pernah menolong individu mengalami masalah akibat tayar kereta pancit, minyak kereta habis dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, bantuan dihulurkan itu tidak mengharapk­an apa-apa balasan sebaliknya atas tanggungja­wab membantu mereka yang dalam kesusahan.

 ??  ?? KEADAAN dua beranak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Datuk Kumbar tengah hari kelmarin.
KEADAAN dua beranak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Datuk Kumbar tengah hari kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia