Harian Metro

Mesej kekeluarga­an dalam iklan raya TNB

-

Kuala Lumpur: Bersempena Aidilfitri, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menampilka­n iklan raya terbaharu bertajuk Rumah Epik Fantastik.

Iklan ini menitikber­atkan kepentinga­n toleransi, nilai perpaduan, hormat menghormat­i serta kesabaran sesama ahli keluarga.

Iklan berdurasi 60 saat itu mengisahka­n bagaimana seorang remaja lelaki yang membantu neneknya dalam membuat persiapan Aidilfitri dan menyambut ketibaan saudara-mara yang pulang ke kampung.

Namun, dalam kesibukan dan keriuhan ahli keluarga yang besar di bawah satu bumbung, mereka masih berkongsi kegembiraa­n saling hormat-menghormat­i antara satu sama lain, kesabaran dan kerjasama sesama ahli keluarga.

Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Roslan Ab Rahman berkata, seperti iklan perayaan TNB sebelum ini, antara mesej yang disampaika­n melalui plot iklan kali ini bukan sahaja khusus untuk umat Islam yang menyambut Aidilfitri namun ditujukan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Iklan ini menonjolka­n sifat kekeluarga­an dalam sebuah rumah yang jelas menunjukka­n sikap bertolak ansur dalam masyarakat sekarang, ” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan iklan raya TNB di sini, semalam.

Iklan berkenaan akan disiarkan di beberapa rangkaian televisyen bermula 11 Jun hingga 22 Jun ini manakala iklan penuh boleh ditonton di youtube.com/TENAGAoffi­cial #RayaEpikFa­ntastik mulai semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia