Harian Metro

Suami isteri dimamah bahang rumah terbakar

-

Kota Bharu: Suami isteri melecur dalam kebakaran rumah mereka di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, lelaki berusia 40-an itu melecur pada muka dan tangan kiri manakala isterinya melecur tangan kiri.

Mangsa dikatakan cuba memadamkan sendiri kebakaran sebelum terkena bahang api.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengka- lan Chepa Mohd Fakri Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 pagi sebelum 14 anggota dengan dua jentera serta dibantu BBP Kota Bharu bergegas ke lokasi.

“Sejurus tiba, rumah teres terbabit sudah 80 peratus terbakar dan api dapat dikawal pada jam 2.16 pagi sebelum padam sepenuhnya jam 3.33 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya,

pihaknya difahamkan, mangsa dan isterinya cuba memadamkan sendiri api dengan menyimbah air sebelum terkena bahang api.

“Keadaan mangsa tidak serius dan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Kita difahamkan api bermula di ruang tamu sebelum merebak namun mangsa yang tidur sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA melecur di muka dan tangan akibat terkena bahang api.
MANGSA melecur di muka dan tangan akibat terkena bahang api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia