Harian Metro

DETIK HITAM 2 JUN

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

 Genap setahun tragedi tujuh pelajar Maahad Tahfiz al-Hashimi maut dalam kemalangan van

Kuala Krai

Meskipun sudah setahun berlalu, tanggal 2 Jun lalu ketika seminggu umat Islam menyambut Ramadan, tarikh itu tidak mampu dilupakan warga Maahad Tahfiz al-Hashimi, Kampung Tualang di sini, apabila tujuh pelajar tahfiz berkenaan meninggalk­an mereka buat selama-lamanya.

Tragedi kemalangan di Kampung Telekong yang meragut nyawa itu masih diingati apabila sebahagian pelajar terutama yang terbabit dalam kemalangan itu menangis mengenangk­an kehilangan rakan tersayang.

Pengetuany­a, Muhammad Khalidi Che Harun berkata, tragedi yang berlaku memberi impak besar kepada mereka semua kerana sepanjang tahun lalu, setiap program diadakan, pelajar tahfiz kurang semangat dan tidak mampu memberi komitmen.

“Malah, untuk membawa pelajar tahfiz ini ke program jauh juga menimbulka­n kerisauan kerana setiap kali ke lokasi luar daerah, kita akan bimbang apabila mengingatk­an tragedi lalu.

“Malah kita juga sentiasa memastikan hanya pemandu van yang berkeboleh­an dibenarkan membawa mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanap­un, semangat mereka kini kembali pulih, namun sebaik tiba Ramadan, suasana pilu secara automatik dirasai dan ramai bersedih serta menangis mengingatk­an rakan mereka yang meninggal dunia.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan, pihaknya mengadakan tahlil dan menziarah tiga kubur yang dikebumika­n di pusat tahfiz itu setiap Jumaat.

Seorang mangsa yang terselamat, Mohamad Syuwari Manasikana, 15, berkata, tragedi yang berlaku sukar dilupakan hingga akhir hayatnya kerana tujuh rakannya meninggal dunia.

Katanya, sehingga kini kenangan bersama mereka masih segar dalam ingatan dan kesakitan akibat kesan luka di lengan tangan akibat terbabit dalam kemalangan itu masih dirasai serta sentiasa mendoakan rakannya supaya ditempatka­n dalam golongan yang soleh.

Rakannya, Mohamad Aiidl Ismail, 15, pula berkata selepas kejadian itu sehingga kini, dia gusar untuk menaiki van terutama membabitka­n di kawasan selekoh, memandangk­an ketika kejadian dia sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya masih ingat ketika itu, saya merangkak keluar dalam van dan melihat rakan terbaring tidak sedarkan diri. Peristiwa itu juga menyebabka­n kadang-kala saya sukar tidur dan sering bermimpi,” katanya.

Dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, di Kampung Telekong, tujuh pelajar tahfiz meninggal dunia selepas van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah.

Lima maut di tempat kejadian iaitu Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18, Muhamad Rahman Rozali,

17, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, Sharifuddi­n Mohamad,

16, dan Nik Ahmad Daniel Nik Ahmad Rithaudeen, 14, sementara dua lagi, Ahmad Farhan Zulkifli, 14, serta Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, meninggal di Hospital Kuala Krai (HKK).

Tujuh lagi mangsa termasuk lima pelajar dan dua guru pengiring turut mengalami kecederaan. Ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan ke program Daurah Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

 ?? Aiidl Ismail ?? Saya masih ingat, saya merangkak keluar dalam van dan melihat rakan terbaring tidak sedarkan diri. Peristiwa itu menyebabka­n saya sukar tidur dan sering bermimpi” ASRAMA pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang.
LAPORAN Harian Metro 3 Jun lalu.
Aiidl Ismail Saya masih ingat, saya merangkak keluar dalam van dan melihat rakan terbaring tidak sedarkan diri. Peristiwa itu menyebabka­n saya sukar tidur dan sering bermimpi” ASRAMA pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang. LAPORAN Harian Metro 3 Jun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia