Harian Metro

Anak yatim kembar berjimat wang

-

Kota Bharu: Sepasang kembar yang juga anak yatim sanggup mengenepik­an persiapan menyambut Aidilfitri demi menyediaka­n peralatan menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba.

Di saat orang lain sibuk membeli baju raya, Muhamad Faris Mat Rowi dan kembarnya, Muhamad Farhan, 17, dari

Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok menggunaka­n wang simpanan mereka untuk membeli kelengkapa­n termasuk alat tulis dan buku rujukan. Muhamad Faris berkata mereka baru selesai menduduki peperiksaa­n penggal dan persiapan untuk menyambut Aidilfitri dengan ala kadar tanpa baju raya.

Katanya, sejak kematian bapa enam tahun lalu akibat serangan jantung, mereka hanya bergantung kepada ibu, Maziah Hasan, 50, yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit.

“Kami ada menyimpan wang sebelum ini tapi semuanya sudah digunakan untuk membeli kelengkapa­n sekolah kerana tahun ini bakal menghadapi SPM.

“Tidak mengapa kalau tiada baju baharu, lagipun baju Raya yang lama masih elok, kami tidak sampai hati untuk menyusahka­n ibu,” katanya ketika ditemui di pasar raya Tesco di sini, malam kelmarin.

Muhamad Faris dan Muhamad Farhan ditemui dalam program Shopping Baju Raya Bersama Anak Yatim anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) dengan kerjasama pasar raya Tesco.

Seramai 25 murid dan pelajar dari enam sekolah di negeri ini terpilih menerima sumbangan kelengkapa­n raya yang bernilai RM100 setiap orang.

Ketua Penolong Pengarah SWCorp Toh Ai Shir berkata, enam sekolah itu dipilih kerana aktif dalam program kitar semula dan pemilihan peserta pula menerusi guru di sekolah masing-masing.

“Ini adalah kerjasama pertama dengan Tesco dan sumbangan baju raya ini diharap dapat memberi keceriaan kepada mereka yang belum membeli kelengkapa­n itu kerana tidak berkemampu­an.

“Kita memahami kesusahan yang dialami anak yatim dan mungkin akan meneruskan program ini di masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMAD Faris (kanan) dan Muhamad Farhan (kiri) gembira mencuba baju Raya pada Program Shopping Baju
Raya Bersama Anak Yatim.
MUHAMAD Faris (kanan) dan Muhamad Farhan (kiri) gembira mencuba baju Raya pada Program Shopping Baju Raya Bersama Anak Yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia