Harian Metro

Tersasul dah kahwin Rezeki Ramadan Caca mencurah

-

Kuala Lumpur: Meskipun sudah agak lama menyepi, namun aura Caca Raja Lawak masih kuat, malah aksinya yang bersahaja ketika menjayakan beberapa klip video berkaitan Ramadan dan Aidilfitri mendapat maklum balas menggalakk­an dalam kalangan peminat pelawak itu selain netizen.

Pembabitan­nya dalam dunia seni bermula selepas dia bekerja sebagai kru belakang tabir syarikat produksi enam tahun lalu dan peluang itu digunakan untuk menimba pengalaman seterusnya memajukan diri.

Menurutnya, dia tidak pernah meninggalk­an industri hiburan kerana selepas tamat Raja Lawak Musim ke 4, dia masih berada di pentas seni dengan memenuhi undangan mengadakan persembaha­n.

“Saya tidak hilang, sebaliknya lebih banyak terbabit kerja di belakang tabir bersama syarikat produksi selain berlakon satu dua watak.

“Bila bekerja makan gaji dengan syarikat terbabit, timbul perasaan mahu mengembang­kan bakat kecil saya. Saya tiada banyak pengalaman jadi kerana bekerja keras,” katanya.

Kesungguha­n untuk maju dalam bidang itu dibuktikan apabila dia bersama rakannya Mohd Zulhelmie Zullifan, menubuhkan syarikat produksi Hashtag Media Malaysia yang menghasilk­an video pendek sarat dengan mesej kepada masyarakat terutama setiap kali tiba musim perayaan sejak dua tahun lalu.

Caca atau nama sebenarnya Abdul Halim Abdul Malek, 39, berkata, idea menghasilk­an klip video komedi bermesej itu timbul selepas dia berbincang dengan beberapa rakan termasuk

Man Raja Lawak. dia hanya ketawa, sekali gus kami menganggap dia hanya bergurau.

“Cuma tidak dinafikan itu memang kekasihnya. Kami pun tidak kenal dan tidak masuk campur urusan peribadiny­a. Lagipun dia tidak pernah membawanya berjumpa kami atau ketika buat persembaha­n,” katanya.

Menurut Sam, Pengarah Eksekutif FMC, Ho Chin Fui pernah menasihatk­an Tajul supaya jangan mengeluark­an kenyataan bukan-bukan.

“Kami juga menafikan FMC ada polisi yang melarang artis berkahwin. Namun kami sentiasa nasihatkan artis supaya berfikir mendalam sebelum buat keputusan berkahwin.

“Kami hanya nasihat dan tidak melarang. Syarikat bimbang apabila artis tergesa-gesa berkahwin dan populariti merudum, nanti mereka menyalahka­n kami.

“Bagaimanap­un jika betul artis nak berkahwin, tiada masalah untuk beritahu kami daripada buat secara diam-diam,” katanya.

 Penyanyi remaja mengaku bergurau dalam klip video bersama kekasih

 ??  ?? TAJUL bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie.
TAJUL bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia