Harian Metro

‘Saya akan selesai cara baik’ -Zery

- Ridzuan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

“Tuan punya badan mengaku itu hanya gurauan, jadi kita kena percaya kata-kata dia. Mungkin tujuannya hanya nak buat gimik untuk tarik perhatian peminat,” kata Khalis Real Spin, abang penyanyi Tajul mengenai dakwaan adiknya berkahwin senyap-senyap dengan wanita dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie.

Khalis atau nama sebenarnya, Muhammad Khalis Shari, 30, berkata, Tajul seorang yang ceria dan suka menggamatk­an keadaan dengan telatah selambanya.

“Karakter Tajul saling tak tumpah seperti arwah Achik Spin. Hubungan saya dengan Tajul pun okay, cuma kami lebih banyak berbual mengenai kerjaya berbanding hal peribadi,” katanya.

Semalam, tersebar rakaman video mengenai Tajul yang dikatakan sudah berkahwin dengan wanita terbabit.

Dalam video itu, Tajul menyebut perkataan yang ditujukan kepada wanita di sebelahnya.

Malah, status profil wanita itu di Instagram yang menggunaka­n akaun @icaaeddie meletakkan tanda #T Love #immarried.

Kakak Tajul, Nur Aishah Shari, atau Acha, 27, turut sependapat dengan abangnya dan menafikan Tajul berkahwin diam-diam.

“Dia cakap tersasul dan itu sudah memadai. Tidak dinafikan saya juga terkena tempias apabila ramai pihak termasuk kawan yang bertanya kesahihan perkara ini, tetapi jawapannya tetap sama iaitu no komen,” katanya yang bakal tampil dengan single pertama tidak lama lagi.

Sementara itu, Eksekutif Promosi FMC, Sam Samin turut menafikan kesahihan berita artis naungan mereka itu sudah berkahwin.

“Kami ada bertanya Tajul berkenaan perkara ini dan memperbesa­rkan perkara itu dan menunggu maklum balas daripada Yana.

Zery berkata, jika Yana tidak memberi maklum balas, baru dia menceritak­an semuanya kepada umum.

“Saya tidak mahu memalukan Yana kerana saya dan dia tiada masalah. Namun, disebabkan isu ini mendapat perhatian media, saya akan beri kenyataan sebenar mengenai perkara yang mereka lakukan terhadap saya,” katanya.

Katanya, dia akan menjelaska­n perkara sebenar dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia