Harian Metro

‘Saya pula mengemis tuntut hutang’

-

Kuala Lumpur: Disebabkan terlalu percayakan rakan yang dilantik menjadi ejen dalam menguruska­n soal pelantikan duta produk, pengacara popular, Awal Ashaari menjadi mangsa tipu dengan jumlah puluhan ribu Ringgit.

Awal, 37, berkata, usaha mendapatka­n kembali wangnya itu berdepan masalah kerana individu itu cuba lari dengan tidak membalas mesej, panggilan telefon dan e-mel.

“Perkara ini berlarutan hampir setahun. Sebelum ini saya berdiam diri dan tidak buat apa-apa sebab percayakan­nya sebagai rakan. Lagipun kami ada kontrak. Namun, sebaliknya yang berlaku kerana dia pijak kepala saya. Malah, dia pergunakan saya dan isteri.

“Apabila saya minta hak kami, dia boleh kata wang sudah tiada. Sebelum ini saya bagi kelonggara­n untuk dia simpan, jadi wang itu sepatutnya ada. Namun, dia cakap sudah gunakan untuk buat perniagaan lain.

“Itu wang dan hak saya. Kenapa pula digunakan untuk perkara lain dan kepentinga­n sendiri. Sekarang saya pula kena meminta-minta seperti pengemis,” katanya.

Awal yang dilantik sebagai duta automobil, Weststar Maxus bersama isterinya, Scha Alyahya dan anak mereka, Lara Alana berkata, pendedahan itu dibuat kerana tidak mahu ada artis lain terkena dengan individu sama.

Awal berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya baki bayaran yang dituntut tidak dipulangka­n dalam masa terdekat.

 ??  ?? AWAL
AWAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia