Harian Metro

Tubuh jawatankua­sa khas urus PATI

-

Putrajaya: Kerajaan akan mewujudkan satu jawatankua­sa khas mengkaji pengurusan pekerja asing yang lebih menyeluruh termasuk masalah lambakan mereka dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatan kuasa dipengerus­ikan beliau itu menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia ada yang berkaitan bagi menangani isu pekerja asing dan PATI.

“Urusan pekerja asing ini kita nilai semula, kita tubuhkan jawatankua­sa untuk melihat semua aspek pengurusan dan kemasukan pekerja asing, keperluan mengikut sektor, sistem digunakan setakat hari ini dan pelbagai aspek lain.

“Ini supaya bukan saja dapat diuruskan dengan baik, tetapi kita nak mengelak mereka melanggar undang-undang dan tidak pu-

lang ke negara mereka selepas tempoh sah permit kerja.

“Kita bincang mengenai PATI yang menjadi satu isu besar yang perlu diuruskan dengan lebih berkesan. Jawatan kuasa akan melihat sebab kebanjiran, penguatkua­saan undang-undang dan tindakan terhadap mereka terbabit dan pelbagai aspek lain,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, kesan kemasukan PATI dibuat tanpa mengikut undang-undang adalah besar kepada negara terutama membabitka­n kos sosial, ekonomi dan kos lain.

“Ini termasuk soal keselamata­n dan ini tidak boleh kita kompromi, maka perlu diteliti dengan semasak-masaknya.

“Beberapa peraturan sedia ada akan dikaji dan kalau perlu cari cara yang lebih baik dan kita akan putuskan selepas jawatan kuasa ini bersidang dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ditanya sama ada Kementeria­n Dalam Negeri akan menyiasat Tan Sri Mohamed Apandi Ali selepas beliau menerima keputusan kerajaan untuk menamatkan perkhidmat­annya sebagai Peguam Negara, Muhyiddin berkata, siasatan dilakukan sekiranya ada laporan dibuat terhadap Apandi.

FAKTA

Prosedur dan undang-undang tangani PATI akan

dinilai semula

 ??  ?? MUHYIDDIN beramah mesra dengan orang ramai di kaunter permohonan pasport di Putrajaya.
MUHYIDDIN beramah mesra dengan orang ramai di kaunter permohonan pasport di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia