Harian Metro

Gabenor BNM tawar diri untuk letak jawatan

-

Kuala Lumpur: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim menawarkan diri meletakkan jawatan selepas dua tahun berkhidmat, demikian menurut Bloomberg, yang memetik sumber enggan dikenali memandangk­an perkara itu adalah perbincang­an sulit.

Tindakan itu dibuat kurang sebulan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memenangi pilihan raya umum dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membangkit­kan persoalan pembelian tanah oleh bank pusat itu daripada pentadbira­n terdahulu.

Bagaimanap­un, belum jelas lagi apakah maklum balas kerajaan terhadap tawaran Muhammad meletakkan jawatan.

Seorang jurucakap bank pusat enggan mengulas mengenai sama ada Gabenor menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Malah, seorang pegawai di Kementeria­n Kewangan juga enggan mengulas.

Muhammad tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan teks kepada telefon bimbit serta telefon pejabatnya.

Guan Eng bulan lalu berkata, pentadbira­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunaka­n wang diperoleh daripada penjualan tanah kepada bank pusat itu untuk membayar sebahagian hutang dana pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang dibelenggu skandal rasuah.

BNM berkata, pembelian dibuat pada nilai wajar dan mematuhi semua keperluan tadbir urus serta undang-undang berkaitan.

Muhammad dinaikkan pangkat menerajui BNM selama lima tahun pada Mei 2016, apabila Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meletakkan jawatan.

 ??  ?? MUHAMMAD Ibrahim
MUHAMMAD Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia