Harian Metro

Krisis politik Perlis bernoktah

-

Kangar: Semua sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akur dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar manakala pelantikan dan istiadat angkat sumpah anggota Exco dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini.

ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad berkata, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang dimaklumka­n mengenai keputusan itu juga tidak membantah.

“Keputusan ini dicapai sebulat suara atas nama rakyat oleh semua sembilan ADUN berkenaan sebelum kami menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, Ahad lalu.

“Kami akur dengan titah Tuanku…tidak akan toleh belakang lagi,” katanya ketika ditemui selepas penyampaia­n sumbangan Ramadan Azlan kepada 1,531 penerima dalam DUN Mata Ayer di Dewan 2020 di sini, semalam.

Asmaiza berkata, semua ADUN berkenaan membuat keputusan itu supaya mereka yang dipilih dapat memberi khidmat kepada rakyat tanpa gangguan selain agenda pembanguna­n negeri dilaksanak­an dengan lancar.

Katanya, Azlan dijangka menghadap Tuanku Syed Sirajuddin minggu depan bagi memohon perkenan untuk melantik anggota Exco dan diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan sebelum Aidilfitri ini.

“Kita menang dengan majoriti dan tidak pernah terlintas dalam hati kami untuk lompat parti. Isu ini termasuk menubuhkan kerajaan perpaduan, tidak berbangkit,” katanya.

Kemelut pelantikan Menteri Besar bermula apabila sembilan ADUN BN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu di Istana Arau pada 24 Mei lalu. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia