Harian Metro

Beri tempoh tiga bulan

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 Pemilik rumah PPR perlu kosong kediaman disewa kepada warga asing

Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi masa tiga bulan bermula semalam untuk mengosongk­an rumah PPR mereka daripada disewakan kepada warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan melakukan tindakan pengusiran terhadap penyewa dan pemilik rumah akan dikenakan penalti termasuk dilucutkan hak pemilikan rumah.

“Langkah ini akan bermula dengan rumah PPR di bawah seliaan KPKT, seterusnya di bawah sektor lain. Kita mahu pastikan rumah PPR ini tidak didiami warga asing.

“Pegawai kementeria­n akan mengeluark­an pekeliling mengenainy­a nanti,” katanya di sini, semalam.

Selain itu, Zuraida berkata, KPKT juga bercadang membangunk­an semula tapak perumahan Highland Towers, Hulu Klang yang terbiar sejak sekian lama selepas mengalami tragedi tanah runtuh pada 1993.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, hal itu menyebabka­n kawasan runtuhan berkenaan menjadi sarang penagih dadah dan pencuri, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n penduduk sekitar. Katanya, beliau pernah cuba mendapatka­n maklumat lanjut mengenai status tanah dan pemilik rumah berkenaan daripada bank sebelum ini, namun tidak berhasil.

“Selepas berada di kementeria­n ini, saya harap kita dapat menyelesai­kan isu ini. Kita akan menubuhkan jawatan kuasa khas bagi membuat kajian dan menyelaras­kan dengan agensi berkaitan supaya pembinaan semula kawasan itu dapat dilakukan kerana ia tanah yang bernilai tinggi dan merugikan jika terbiar begitu saja,” katanya.

Beliau berkata, KPKT akan mengkaji semula pelbagai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia