Harian Metro

Salah sikit bagi talak

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

 Pelbagai perkara remeh, tidak masuk akal penyebab pasangan bercerai

Tertinggal barang di pasar antara punca perceraian yang dilaporkan di negeri ini. Ketua Hakim Syarie Negeri Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pelbagai punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan pasangan berkahwin di negeri itu.

“Menyebut mengenai kes perceraian dan puncanya tiada apa pelik dan mustahil di mahkamah syariah, banyak kes perpisahan berlaku kerana hal yang tidak wajar.

“Biarpun terlihat pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal namun itulah realiti yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang gagal mempertaha­nkan perkahwina­n mereka di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pendahulua­n Nafkah, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Mohd Nor Hamzah.

Wan Mohd Zakri berkata, antara kes terbaru yang dilaporkan ialah perceraian membabitka­n suami isteri di atas motosikal.

“Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkar­an ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

“Jika diikutkan, hal demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang namun perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga termasuk anak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihaknya akan meneliti medium terbaik bagi menangani masalah perceraian yang berlaku di negeri itu.

“Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediaka­n Bantuan Pendahulua­n Nafkah (BPN) untuk membantu ibu tunggal menampung perbelanja­an keluargany­a sementara kes tuntutan nafkah di mahkamah sedang berjalan,” katanya.

Penerima, Muze Leawatie Razali, 37, dari Kampung Binjai, Kemaman berkata, BPN membantuny­a dalam menyediaka­n keperluan untuk dia dan dua anaknya.

Pada majlis itu seramai 34 penerima mendapat bantuan BPN siri pertama dengan jumlah keseluruha­n RM50,050 yang diperuntuk­kan MAIDAM melalui Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

 ??  ?? MOHD Nor menyerahka­n BPN kepada penerima sambil diperhatik­an Wan Mohd Zakri (tengah) di Kuala Terengganu, semalam.
MOHD Nor menyerahka­n BPN kepada penerima sambil diperhatik­an Wan Mohd Zakri (tengah) di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia