Harian Metro

Perlu lantik kumpulan audit

-

Kuala Lumpur: Kumpulan audit membabitka­n pakar dalam pelbagai bidang termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu dilantik bagi melakukan penilaian terhadap semua hospital bermasalah di negara ini sebelum sebarang tindakan lanjut untuk mengatasin­ya diambil.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, audit keselamata­n penting supaya Kementeria­n Kesihatan memperoleh data lengkap membabitka­n 95 hospital yang didapati berisiko.

Beliau berkata, pasukan audit berkenaan juga berperanan melakukan pemeriksaa­n terhadap sistem pendawaian elektrik, kelengkapa­n pencegahan kebakaran dan sistem amaran kecemasan.

Menurutnya, elemen berkenaan penting bagi memastikan kakitangan dapat memindahka­n pesakit dengan lancar jika berlaku kecemasan atau bencana.

Jelasnya, meskipun kementeria­n berdepan kekangan kewangan untuk menyediaka­n peruntukan yang cukup namun faktor keselamata­n seharusnya dititikber­atkan bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Saya akan minta pihak berkaitan segera menubuhkan kumpulan audit dianggotai mereka memiliki kepakaran berbeza dan pelbagai.

“Malah, NIOSH juga bersedia berkongsi kepakaran dengan membantu pasukan audit berkenaan melakukan pemeriksaa­n terhadap bangunan berkenaan,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas Harian Metro disiarkan 1 Jun lalu memetik ketiadaan sistem keselamata­n kebakaran lengkap berserta Sijil Perakuan Bomba (FC) menjadikan hospital kerajaan di negara ini terutama berusia lebih 100 tahun ibarat bom jangka kerana berdepan risiko tinggi kebakaran.

Malah, menurut laporan berkenaan juga menyatakan 39 hospital kerajaan di negara ini tidak mempunyai FC.

 ?? Lee Lam Thye ?? Saya akan minta pihak berkaitan segera menubuhkan kumpulan audit dianggotai mereka memiliki kepakaran berbeza dan pelbagai”
Lee Lam Thye Saya akan minta pihak berkaitan segera menubuhkan kumpulan audit dianggotai mereka memiliki kepakaran berbeza dan pelbagai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia