Harian Metro

Rebut 83 tahun beribadat

Nilai malam lailatulqa­dar untuk umat Nabi Muhammad

- Penulis wartawan Harian Metro

Kita sudahpun memasuki fasa terakhir bulan Ramadan. Beruntungl­ah kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh memanfaatk­an masa dari awal Ramadan sehingga saat ini dengan memperting­katkan amal ibadat.

Satu kerugian besar buat golongan yang bersungguh-sungguh pada awalnya, namun ‘kecundang’ pada penghujung Ramadan. Dalam Kitab Muqasyafah

al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali, Nabi Muhammad SAW ada menceritak­an seorang lelaki bernama Sam’un.

Lelaki berkenaan daripada Bani Israel yang berjihad fisabilill­ah dengan mengangkat senjata selama seribu bulan. Apabila Nabi menceritak­an kepada sahabat, mereka berasa cemburu dan ingin beribadat sepertinya.

Jelas kepada kita, umat terdahulu dikurniaka­n Allah SWT umur yang panjang serta tubuh badan yang besar dan kuat.

Umat Nabi Muhammad SAW pula usia mereka hanya sekitar 60 hinggga 70 tahun saja. Sepertiman­a dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun. Dan sangat sedikit antara mereka yang melewati itu.”

Jika kita hendak menandingi ibadat umat terdahulu, memang tidak akan terlawan. Sebab itu, bulan Ramadan Allah SWT kurniakan buat umat Nabi Muhammad supaya mereka dapat beribadat, seterusnya berpeluang beramal sama nilainya dengan amalan umat terdahulu.

Bagaimanap­un, Nabi berkata separuh umat di dalam syurga kelak adalah datangnya daripada umatnya. Sungguh bertuah kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW

Semua itu dapat dinikmati umat Islam sekiranya mereka benar-benar berusaha mendapatka­n ganjaran diberikan pada malam lailatulqa­dar.

Pada malam itu, sesiapa berpeluang beribadat, ganjaranny­a seperti beribadat selama 1,000 bulan.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami menurunkan (alQuran) ini pada malam lailatulqa­dar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqa­dar itu? Malam lailatulqa­dar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirka­n berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteral­ah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah al-Qadr, ayat 1-4)

Masalah yang membelengg­u umat Islam adalah setiap kali tibanya Ramadan mereka tidak bersedia dengan ilmu dan tidak tahu apa yang penting untuk dilakukan. Ada yang meremehkan perkara wajib dalam bulan Ramadan. Contohnya, mereka bersemanga­t pergi ke masjid untuk melaksanak­an solat sunat Tarawih, namun solat wajib mereka abaikan.

Apabila sampai matlamatny­a untuk menunaikan solat sunat Tarawih, namun amalan itu tidak disempurna­kan dengan sebaiknya. Ramai jemaah apabila tiba saja solat witir, masing-masing meluru keluar dan tidak menyempurn­akan solat sunat witir bersama imam.

Seperti biasa berlaku setiap tahun, pada malam akhir-akhir Ramadan kehadiran jemaah mula semakin berkuranga­n.

Bayangkan, solat fardu Allah SWT akan gandakan pahala sehingga 70 kali ganda. Itu jika dikira bagi seorang yang melaksanak­an solat sendirian.

Bagi mereka yang tahu betapa besarnya pahala berjemaah, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan peluang itu walaupun sehari.

Apatah lagi sekiranya berpeluang solat pada malam lailatulqa­dar, ganjaranny­a seperti beribadat hampir 83 tahun yang usia kita pada akhir zaman ini tidak ramai yang mampu sampai ke tahap itu.

Maka, siapa yang menjaga hari-hari terakhir bulan Ramadan ini dengan ibadat, pasti mereka dapat peluang memperoleh ganjaran pahala seperti yang ditawarkan itu.

Ibnu Umar berkata, “Sesungguhn­ya seseorang sahabat Rasulullah SAW bermimpi bertemu lailatulqa­dar dalam tidurnya pada hari terakhir daripada bulan Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya aku melihat mimpimu dan sungguh lailatulqa­dar itu turun pada tujuh hari terakhir pada bulan Ramadan. Sesiapa yang sengaja mencarinya, carilah pada tujuh hari terakhir pada bulan Ramadan.” (Musnad Ahmad)

Selain itu, umat Islam tidak boleh lepaskan peluang beribadat pada malam 27 Ramadan. Perkara itu berdasarka­n satu hadis Rasulullah SAW daripada Ubai bin Kaab yang bermaksud: “Carilah lailatulqa­dar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama cuba menentukan lailatulqa­dar dengan cara lain iaitu menggunaka­n rumusan khusus. Ibnu Abbas berkata, Surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah.

Kata ‘salamun hiya’ (selamat sejahteral­ah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Bagaimanap­un, untuk memastikan kita tidak terlepas beribadat pada malam lailatulqa­dar, jagalah 10 malam terakhir ini dengan sebaiknya.

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama itu sebenarnya adalah satu kenyataan tidak ada satu dalil yang jelas menunjukka­n bila malam itu berlaku.

Bagaimanap­un, sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatk­an oleh Aisyah, malam itu berlaku pada 10 malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah Al-Zuhayli, sebab dirahsiaka­n lailatulqa­dar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadat pada setiap malam tanpa menumpukan pada malam tertentu saja.

Justeru, pastikan kita jadualkan dengan baik 10 malam terakhir ini supaya ia tidak berlalu begitu saja tanpa dihiasi dengan amal ibadat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia