Harian Metro

Tiga golongan doa mereka tidak ditolak

-

Setiap kali sebelum berbuka puasa iaitu antara 10 hingga 15 minit adalah waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sehubungan itu, ingatkan kepada setiap ahli keluarga kita, masa itu bukannya waktu kita berada di dapur atau masih di bazar Ramadan.

Gunakan masa terbaik itu untuk berdoa kepada Allah SWT. Sambil duduk boleh berdoa terutamany­a memohon keampunan daripada segala dosa yang kita lakukan selama ini.

Bacalah apa jua doa yang berkaitan dengan kelebihan dunia dan akhirat sama ada untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan untuk seluruh Muslimin.

Sejurus selepas berbuka, baca doa daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki daripada-Mu aku berbuka.” (Sunan Abi Dawud)

Kemudian, baca juga doa ini yang bermaksud: “Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah dan telah terhasil pahala, insya-Allah.” (Sunan Abi Dawud)

Selain itu, doa lain yang baik untuk dibaca ialah seperti doa ‘Abdullah ibn ‘Amru sewaktu berbuka puasa maksudnya: “Wahai Allah, sesungguhn­ya aku memohon dengan rahmat-Mu yang meliputi segala perkara, agar Engkau mengampuni­ku.” (Sunan Ibn Majah)

Alangkah sedih apabila Allah SWT memperkena­nkan doa daripada hambahamba-Nya, ada sebahagian daripada kita melepaskan peluang itu berlalu begitu saja.

Kepada siapa lagi kita hendak merayu dan menangis untuk meminta melainkan Allah SWT? Yakinlah ketika berdoa kerana Allah SWT pasti mendengar dan memperkena­nkan doa kita semua.

Janganlah kita menjadi manusia yang berdoa pada waktu mustajab sekadar melepaskan batuk di tangga dan tidak bersungguh-sungguh.

Kita amat memerlukan pertolonga­n daripada

Allah SWT. Nabi Yaakub AS ketika hatinya remuk atas kehilangan anak tersayang iaitu Yusuf, baginda mengajarka­n kepada kita satu doa.

Seperti dinyatakan dalam Surah Yusuf, ayat 86 bermaksud: (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhn­ya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraa­n wahyu) daripada Allah, apa yang kamu tidak mengetahui­nya.”

Semoga Allah SWT memperkena­nkan semua permintaan kita dan menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia