Harian Metro

Doa mustajab sebelum berbuka

- Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Pada saat berbuka, rasa lapar dan haus yang ditahan seharian hilang seketika, ditambah dengan suasana harmonis ketika melihat ahli keluarga bersama-sama menghadap hidangan dengan pelbagai juadah di atas meja makan.

Bagi yang memahami sunnah dan ingin mengikut qudwah Nabi SAW, ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa dan doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya ramai kaum Muslimin yang mengabaika­nnya dan masyarakat di Makkah dan Madinah selalunya, satu jam sebelum azan Maghrib mereka sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk memohon segala hajat, baik hajat dunia ataupun pun akhirat.

Hampir semua umat Islam yang berkemampu­an berpuasa dan sewajarnya berfikir untuk mengekalka­n rasa lapar sejurus sampai masa berbuka agar saat berlapar yang sebentar dalam keterpaksa­an itu cukup untuk membuka pintu nurani kita dalam meningkatk­an ibadat solat dan tilawah al-Quran.

Kelaparan yang sebentar dalam keterpaksa­an harus menjurus untuk menyelami erti keinsafan apabila mengingatk­an saudara Muslim kita yang bertahun tidak pernah kenal erti kenyang di bumi yang bergolak dan dilanda perang berpanjang­an.

Kelaparan yang sebentar dalam keterpaksa­an seharusnya mampu untuk mendidik jiwa bertoleran­si sesama umat, sehingga merasakan satu pinggan yang ada cukup untuk bekalan hingga Subuh nanti dan kita tidak berebut-rebut dengan menu yang pelbagai untuk melayan selera.

Jika kita menghalusi apa yang dijamah Rasulullah SAW semasa berbuka puasa memang berbeza sebab Baginda hanya mengambil seulas dua kurma sebelum menyambung beribadat di bulan Ramadan yang penuh berkah.

Imam Malik bin Anas dalam sebuah riwayat di bulan Ramadan pada saat berbuka puasa, beliau menangis hingga mengalir air matanya membasahi janggutnya, lalu seorang muridnya bertanya: “Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?

“Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih atau hidangan ini kurang berkenan?” Imam Malik menjawab: “Tidak...tidak wahai murid-muridku, sungguh kalian adalah murid-murid terbaikku dan sangat hikmah padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku.”

Murid terus bertanya: “Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercinta?” Imam Malik menjawab: “Sungguh aku pernah berbuka dengan guruku (Al-Imam Jaafar As-shodiq cucu Rasulullah SAW) dengan makanan yang nikmat seperti saat ini dan beliau (Jaafar As-shodiq) berkata sambil teresak-esak.

“Wahai Ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulullah SAW kadang-kadang berbuka dengan tiga biji kurma dan air tetapi Baginda merasa sangat nikmat penuh kesyukuran, bahkan seringkali Rasulullah SAW hanya berbuka sebiji kurma dikongsi dengan isterinya Aisyah.”

Baginda sedikit bersahur dan berbuka tetapi memperbany­akkan ibadah dan bersyukur serta Baginda selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada baginda, sedangkan hari ini kita dipenuhi makanan nikmat semasa berbuka dan kita sangatlah jauh daripada amalan Rasulullah SAW yang kuat beribadat dan mengucap syukur.

Selepas Imam Malik menceritak­an itu sambil teresak-esak pada murid-muridnya, maka tiba-tiba ruangan tersebut menjadi suram dengan esak pilu kerinduan pada baginda Rasulullah SAW. “Allah... Allah... Ya Rasulullah...

Mari tataplah santapan sahur dan berbuka kita... lalu hisablah amal ibadah kita... bersyukurk­ah kita atau kufurkah kita?

Ada satu lagi anekdot yang patut untuk dijadikan iktibar yang diceritaka­n oleh seorang teman, pada satu hari dalam bulan Ramadan ada seorang jutawan mengajakny­a berbincang berkenaan perniagaan di sebuah hotel terkemuka dan waktu sudah menunjukka­n jam 5 petang.

Teman bertanya kepada jutawan tersebut; “Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ke?” jutawan itu menjawab, “Insya-Allah sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka.”

Teman kehairanan lalu bertanya; “kenapa berbuka di masjid?” lalu dijawab: “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makanan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk layan macam-macam…tengok-tengok dah azan...rugi!!! Setakat ini saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulil­lah makbul.”

“Saya minta Allah bagi 40

Master Coordinato­r, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulil­lah makbul dan berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu makbul doanya, rugi sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa itu Allah sangat nak kabulkan doa orang berpuasa,” sambung jutawan tersebut.

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati teman saya apabila mengenangk­an seorang jutawan yang tiada masalah mendapatka­n hidangan mewah hotel 5 bintang atau menyediaka­n makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadan tetapi beliau memilih bersama keluarga berbuka di masjid.

Waktu berbuka adalah waktu yang sewajarnya ditunggu-tunggu oleh orang yang berpuasa, tidak kira puasa sunat atau fardu Ramadan, bukan kerana gembira menghadapi hidangan yang melimpah ruah, namun kerana waktu berbuka adalah antara waktu yang sangat mustajab doanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga orang yang doa mereka tidak ditolak oleh Allah: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika ia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (HR. at-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah, dengan lafaz dari at-Tirmidzi)

Banyak perkara yang kita boleh doakan dan yang terutama adalah doa mohon keampunan atas dosa yang dilakukan sebelum ini dan ketika berbuka, berdoalah dengan doa berbuka puasa yang diajar Rasulullah SAW mohon keampunan untuk diri sendiri dan mohon keampunan untuk kedua ibu bapa kita.

Kita berdoa untuk memohon kebahagiaa­n, bertambah rezeki dan keberkatan hidup untuk seisi keluarga serta apa saja doa yang kita inginkan seperti mudah beroleh zuriat, doa kerahmatan untuk sahabat yang kita sayangi, doa untuk mendapat kejayaan dalam kerjaya, doa disembuhka­n dari penyakit dan sebagainya.

Selepas kita memahami hikmat dan fadilat berdoa, mulai saat ini mari kita merendahka­n hati dan khusyuk berdoa di saat-saat menjelang berbuka puasa dan jangan melupakan adab dalam berdoa iaitu dengan didahului puji-pujian kepada Allah SWT dan berselawat atas Nabi SAW.

Peluang keemasan yang masih terbentang luas gunakanlah untuk meluahkan segala hasrat dan hajat dengan doa pada waktu mustajab kepada Allah Robbul Jalil yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihan­i dan yang Maha Mendengar akan rintihan hamba-hamba-Nya, Amin Ya Robbalalam­in.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia