Harian Metro

Tak terkejut tapi penat

- DARI MUKA R27

“Mungkin ada yang tidak suka dan mahu melaga-lagakan saya dan isteri walhal kami saling memahami. Mohon saya, janganlah cuba jatuhkan rumah tangga orang,” kata Izzue.

Anggota kumpulan Forteen itu menegaskan fitnah yang dilemparka­n terhadap dirinya dan isteri benar-benar melukakan hati.

Malah, Awin pernah mengalirka­n air mata berikutan kata-kata tidak masuk akal itu.

“Kami sudah bersedia berdepan dengan dugaan ini terutama mereka yang tidak suka melihat kami bahagia.

“Saya tidak terkejut tetapi apabila terlalu banyak kami jadi penat,” kata Izzue.

Pelakon drama Ops Cinta Din Sardin ini tidak menafikan pihak berkenaan tidak akan berhenti dan akan mencari apa saja cara untuk menghancur­kan rumah tangganya.

Untuk itu, Izzue sekali lagi meminta pihak luar agar menghentik­an perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu kerana sedikit sebanyak mengganggu kerjayanya.

Katanya, andai perkara ini menjejaska­n periuk nasi dan rumah tangga yang dibina sejak 2 Jun 2013, dia tidak teragakaga­k mengambil tindakan undang-undang.

Berbicara mengenai sambutan Ramadan dan Syawal, seperti tahun terdahulu dia sibuk berniaga di bazar setiap minggu.

Baru sahaja melancarka­n pakaian dalam lelaki jenis ‘boxer’, Izzue terkejut kerana produk itu habis dijual dalam tempoh tiga hari saja.

“Boxer ini sepatutnya cukup untuk jualan sehingga selepas Syawal tetapi nampaknya kami terpaksa menunggu pengeluara­n baru sebab kilang sibuk siapkan kurta dan songkok.

“Pada peringkat awal, kami keluarkan 120 helai sebab nak tengok dulu pasaran dan tak sangka ia habis. Melihat sambutan menggalakk­an, kami akan keluarkan dalam jumlah lebih besar, mungkin

500 hingga 1,000 helai,” katanya.

Syawal ini, Izzue akan bercuti selama seminggu kerana seorang abangnya akan berkahwin. Sebelum ini, dia hanya bercuti selama satu atau dua hari pada hari lebaran kerana terikat dengan komitmen kerja. -Amirul Haswendy Ashari

Izzue akui ada pihak tidak akan berhenti untuk hancurkan rumah tangganya

 ??  ?? Kami sudah
bersedia berdepan dengan
dugaan ini terutama mereka yang tidak suka melihat kami
bahagia
Kami sudah bersedia berdepan dengan dugaan ini terutama mereka yang tidak suka melihat kami bahagia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia