Harian Metro

Bawa realiti kehidupan ke pentas

-

Pengalaman Wahyu terputus hubungan dengan ibu bantu bawa watak sedih

Wahyu Putra Suhaimi, 24, begitu meminati seni teater dan sudah terbabit dalam lakonan pementasan teater sejak di bangku sekolah.

Baru-baru ini, dia yang juga penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu bersama 60 penuntut institusi terbabit menjayakan pementasan teater kanakkanak bertajuk Celaga Sakti.

Katanya, teater itu benar-benar menguji kemampuann­ya sebagai pelakon watak utama. Berbeza dengan lakonannya sebelum ini yang sering memegang watak antagonis.

“Watak kali ini banyak menggunaka­n emosi sedih dan menjadi kanak-kanak riang.

“Biarpun ia satu tanggungja­wab yang berat namun bukan alasan untuk tidak memberikan komitmen yang terbaik,” katanya kepada Nuansa.

Tidak dinafikan pada mulanya dia agak tertekan dan kemudian mengambil inisiatif sendiri dengan membuat penyelidik­an berkenaan karakter termasuk menonton banyak cerita berunsurka­n kanak-kanak seperti Upin dan Ipin serta Anak-anak Sidek.

“Saya juga kerap berlatih sendirian di hadapan cermin dan jika lakonan ini membuatkan saya berasa sedih bermakna ia berjaya.

“Pastinya ia mampu meninggalk­an kesan kepada penonton dan ini prinsip yang saya pegang sejak dulu,” katanya.

Malah dia juga banyak merujuk kepada mereka yang berpengala­man dalam bidang teater terutama membabitka­n setiap watak dilakonkan.

“Ini bagi memperbaik­i kelemahan dan meningkatk­an mutu lakonan supaya menepati watak diberikan.

“Tambahan pula, saya berbadan besar dan perlu memahami situasi pentas bagi mengelakka­n ‘kejanggala­n’ ketika pementasan,” katanya.

Menurutnya, jika mood berlatih ‘datang’ dia terus menghayati watak walaupun sedang berjalan ke kelas.

“Pernah ada orang menegur kerana melihat keadaan ini sedangkan mereka tidak mengetahui sebenarnya saya menghayati watak.

“Saya bekerja keras selama dua bulan berlatih bersama pasukan dan paling sukar ialah melakonkan watak sedih kerana perlu bermain dengan emosi serta mengalirka­n air mata,” katanya.

Wahyu Putra berkata, dia sejujurnya hanya berjaya

 ??  ?? SUASANA dalam hutan sebelum Bonbon muncul.
SUASANA dalam hutan sebelum Bonbon muncul.
 ??  ?? BONBON (kiri) bersama adik membuat eksperimen.
BONBON (kiri) bersama adik membuat eksperimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia