Harian Metro

Hapuskan pencemaran plastik

-

Bahan sukar dilupuskan, ambil masa ratusan tahun untuk reput

Setiap tahun sambutan itu diadakan di negara yang berbeza dan tahun ini India dipilih menjadi tuan rumah bagi acara berprestij itu.

Tumpuan yang diberikan pada sambutan itu di negara tuan rumah ialah mendedahka­n cabaran dalam menangani masalah alam sekitar.

Tahun ini tema yang dipilih untuk sambutan Hari Alam Sekitar Dunia ialah menghapusk­an pencemaran plastik.

Pemilihan tema itu amat tepat dengan situasi semasa apabila pencemaran plastik berada pada tahap membimbang­kan.

Penggunaan bahan plastik secara berleluasa disebabkan pertambaha­n penduduk dan gaya hidup tanpa mengambil berat risiko yang bakal mereka tanggung.

Di mana-mana saja pasti ada plastik kerana bahan itu digunakan di seluruh dunia dan memburukka­n keadaan apabila sampah itu dibuang ke dalam sungai dan sungai.

Seperti sudah diketahui, plastik adalah bahan yang susah untuk dilupuskan dan mengambil masa lama sehingga mencecah ratusan tahun untuk menjadi reput bergantung kepada bahan yang digunakan dalam pembuatann­ya.

Bahayanya plastik apabila dibakar akan membebaska­n gas beracun yang boleh mencemarka­n udara dan memberi kesan kesihatan kepada manusia juga kehidupan ekologi lain.

Manakala sisa plastik yang dibuang ke laut atau sungai boleh mencemarka­n dan memusnahka­n hidupan laut.

Bahan kimia dalam plastik yang meresap masuk ke dalam badan ikan boleh memudaratk­an kesihatan manusia apabila memakannya.

Tanpa disedari, pencemaran itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan ozon yang boleh menyebabka­n perubahan iklim global.

Oleh itu, amat wajarlah sekiranya penggunaan bahan plastik diharamkan di seluruh dunia bagi mewujudkan alam sekitar yang sihat.

-Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? SUNGAI Pinang yang tercemar dengan sisa
plastik.
SUNGAI Pinang yang tercemar dengan sisa plastik.
 ??  ?? KERAJAAN Selangor melancarka­n kempen
bebas beg plastik.
KERAJAAN Selangor melancarka­n kempen bebas beg plastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia