Harian Metro

Kumpul dana biayai penambahba­ikan surau

-

Sebanyak RM11,000 berjaya dikumpul menerusi Kejohanan Boling Amal Surau Al-Fathonah Bandar Tun Hussein Onn Cheras (BTHO) berlangsun­g di Superbowl Ampang baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program terbabit Hadi Muhammad, kutipan itu diperoleh menerusi penyertaan peserta dalam kejohanan bagi menampung kos penambahba­ikan sempena meraikan Ramadan tahun ini.

“Penganjura­n Kejohanan Boling Amal Surau AlFathonah ini adalah inisiatif pihak pengurusan surau untuk mengumpul dana bagi membiayai kos penambah baikan bangunan surau dalam memberi keselesaan kepada jemaah.

“Jumlah diperlukan bagi kerja naik taraf kemudahan surau berkenaan dianggarka­n RM 41,000 meliputi penyediaan kawasan khas bagi ruang berbuka puasa untuk jemaah wanita, pembinaan stor dan juga kemudahan fasiliti seperti penghawa dingin,” katanya.

Kata Hadi lagi dia berharap infaq orang ramai serta penajaan daripada syarikat tertentu dapat membantu pihaknya mencapai jumlah mencukupi bagi projek berkenaan dijalankan.

“Meskipun berdepan dengan cabaran iaitu ramai peserta menarik diri pada saat akhir, kami tetap berjaya meneruskan program berkenaan dengan 81 peserta yang hadir dalam kejohanan berkenaan.

“Kejohanan sehari itu mendapat sokongan Pengerusi surau, Muhamad Radhi A Latip serta Imam 1 Masjid BTHO Mohd Faisal Mohd Noor dan Ahmad Nazri turut hadir dalam kejohanan itu.

“Ketika ini jumlah terkumpul bagi projek terbabit menjangkau angka RM20,000. Pihaknya berharap lebih ramai menyumbang kepada tabung surau agar semua perancanga­n mengenai penambahba­ikan ruang tertentu dapat dijalankan pada kadar segera,” katanya.

Bagi individu mahupun korporat mahu menyumbang boleh berbuat demikian menerusi tabung Surau Al Fathonah, 5648561029­91 (Maybank).

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta menyertai program terbabit.
SEBAHAGIAN peserta menyertai program terbabit.
 ??  ?? HADI juara kumpulan enam.
HADI juara kumpulan enam.
 ??  ?? PESERTA turut berpeluang memenangi hadiah.
PESERTA turut berpeluang memenangi hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia