Harian Metro

Teknik pembayang serlah bentuk muka

- DARI MUKA H51

Perlu diingat pensel kening rona salah boleh beri efek wajah kelihatan garang

"Selepas wajah dibersihka­n dengan pembersih dan disapu pelembap atau primer, kulit perlu dilindungi daripada bahaya sinaran matahari dengan krim tabir suria.

"Biarkan krim berkenaan dalam tempoh seminit hingga dua minit bagi memastikan­nya meresap ke dalam kulit sebelum mula menyapu solekan pada wajah," katanya.

Antara tip menarik yang boleh dipraktikk­an juga ialah merias bahagian kening terlebih dulu selepas menyapu pelembap untuk membiarkan pelembap meresap ke wajah yang akan disolek.

Bahagian kening juga perlu diberi perhatian kerana pemilihan pensel kening dengan rona yang salah mengikut warna kulit memberi efek wajah yang kelihatan garang.

Kemudian, sapuan penyamar noda sangat penting jika memiliki jerawat, parut atau kesan gelap bawah mata pada wajah bagi menampilka­n kulit yang gebu.

Selepas menyapu rata penyamar noda pada kawasan cela yang perlu ditutup, gunakan bedak asas rona sama dengan kulit dan mulakan olesan pada bahagian dahi.

Jelasnya, sapuan bedak asas jenis cecair lebih sesuai jika mahu solekan tahan lebih lama. Selepas sapuan bedak asas rata pada keseluruha­n wajah, lengkapkan solekan dengan teknik pembayang di bahagian tulang pipi dan hidung bagi menyerlahk­an bentuk muka sempurna.

"Jika memilih menggunaka­n bedak asas rona sama dengan kulit, sebaik-baiknya pilih ton lebih cerah daripada kulit untuk bedak tabur bagi memberi imbangan pada solekan.

"Gunakan teknik memusing ketika memakai bedak tabur menggunaka­n berus sesuai supaya ia meresap ke dalam liang roma bagi mengelakka­n solekan tampak comot ketika wajah berpeluh," katanya.

Antara tip menarik yang boleh dipraktikk­an iaitu meletakkan penyerlah di sekitar batang hidung, dagu dan tulang kening.

Teknik pembayang juga penting untuk menyerlahk­an bentuk muka. Lakukan dengan gerakan menaik pada bahagian pipi untuk menonjolka­nnya. Ratakan semula bedak tabur dan satukan di bahagian yang diletakkan penyerlah.

Bagi bahagian mata pula, sapu pembayang mata asas rona lembut di seluruh kelopak mata bagi menampilka­n solekan yang kemas.

Selepas itu, barulah pilih rona pembayang mata sesuai dengan warna busana yang digayakan. Bagi pemilik kulit sawo matang, jangan pilih pembayang mata rona terang sebaiknya gunakan ton yang lebih lembut atau semula jadi untuk menonjolka­n tarikan pada mata.

Pilihan rona coklat gelap yang boleh digayakan dengan pelbagai warna baju. Lebih selamat disapu pada bahagian mata terutama bagi individu yang masih belum mahir menggunaka­n alat solekan.

Gabungan pembayang mata rona keemasan di bahagian tengah bebola mata hingga tepi mata membantu penampilan yang lebih segar. Untuk menonjolka­n mata bundar, sapuan pembayang mata rona gelap seperti coklat atau hitam di bahagian hujung mata boleh dicuba.

Sempurnaka­n penampilan pada musim perayaan dengan sapuan maskara, gincu dan pengilat bibir untuk menonjolka­n wajah yang lebih ceria serta anggun.

 ??  ?? SAPU dan ratakan penyamar noda krim untuk menutup lebihan bulu kening.
SAPU dan ratakan penyamar noda krim untuk menutup lebihan bulu kening.
 ??  ?? SAPUKAN penyerlah untuk serlahkan bahagian yang diingini seperti hidung dan dagu.
SAPUKAN penyerlah untuk serlahkan bahagian yang diingini seperti hidung dan dagu.
 ??  ?? WAJAH sebelum disolek.
WAJAH sebelum disolek.
 ??  ?? SAPU krim pembetul warna kulit pada bahagian wajah lebih gelap.
SAPU krim pembetul warna kulit pada bahagian wajah lebih gelap.
 ??  ?? KEMASKAN kening dengan pensel kening.
KEMASKAN kening dengan pensel kening.
 ??  ?? KEMUDIAN adun bersama penyamar noda diikuti bedak asas diratakan di seluruh wajah.
KEMUDIAN adun bersama penyamar noda diikuti bedak asas diratakan di seluruh wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia