Harian Metro

Penanggal solekan berbentuk kepingan kertas

-

Pembersih muka amat penting dalam rutin penjagaan kecantikan bagi membersih pelbagai kotoran solekan dan pencemaran alam sekitar.

Terdapat pelbagai jenama pembersih muka di pasaran menawarkan fungsi berbeza untuk kulit berlainan dapat dipilih pelanggan yang biasanya dalam bentuk krim atau gel.

Seiring perkembang­an teknologi, inovasi produk kecantikan juga turut berubah, ini termasuk kewujudan pembersih wajah berbentuk kertas.

Magika Argan

Cleansing FLakes (MACF) iaitu pembersih muka dan penanggal solekan pertama di negara ini yang didatangka­n dalam bentuk kepingan kertas.

Berasaskan minyak argan, madu, lemon, lidah buaya dan pelbagai bahan organik, pembersih wajah ini dihasilkan dengan teknologi pemampatan partikel buih hingga menjadi helaian nipis.

Menariknya, ia mudah larut jika terkena air dan strukturny­a berubah seperti buih pembersih muka krim atau gel.

Pengasasny­a, Nur

Azura Baharudin berkata, pembersih muka ini bukan saja berfungsi sebagai penanggal solekan dalam masa 20 saat malah ia juga boleh dijadikan pembersih muka kerana mengandung­i pelbagai kebaikan untuk mencantika­n kulit.

Katanya, antara kelebihan produk itu ialah membantu mengurangk­an masalah wajah yang sering dihadapi baik wanita mahupun lelaki seperti jerawat, bintik hitam, kulit kusam, berminyak atau berjeragat.

"Selalunya, pencuci muka mahupun penanggal solekan yang berada di pasaran dalam bentuk cecair, dan diletakkan dalam botol pelbagai saiz.

"Saya mendapat ilham untuk memasarkan produk ini kerana ia bukan saja mudah untuk dibawa ke mana saja, malah fungsi dua dalam satu sebagai pembersih wajah dan penanggal solekan memberi banyak kelebihan.

"Jika bercuti misalnya, pasti menjadi beban untu membawa pencuci muka dan penanggal solekan, dan belum lagi memikirkan cecairnya tumpah di dalam beg.

"Inovasi yang dibawa dari China ini nampaknya semakin dikenali meskipun agak janggal dan sukar pada mulanya untuk menerangka­n kepada pelanggan tentang produk ini," katanya.

Menurutnya, dalam satu bekas kompak mengandung­i 100 kepingan kertas nipis untuk penggunaan sehingga dua bulan.

Ia mudah dibawa ke mana saja seperti membawa bedan padat selain membersih dengan pantas, lembut tapi mendalam.

Khasiat yang terkandung dalamnya memberi nutrien pada kulit bagi memelihara kelembapan semulajadi, mencerah dan menganjalk­an kulit selain menghalus dan mengecilka­n liang pori.

"Penggunaan­nya begitu mudah, hanya titiskan empat ke lima titis air ke atas kepingan ini dan gosok dengan tangan yang bersih sehingga berbuih. Kemudian usap ke muka dalam gerakan mengurut dan bersihkan muka seperti biasa," katanya.

 ??  ?? NUR Azura berkongsi kelebihan pembersih wajah berbentuk kertas.
NUR Azura berkongsi kelebihan pembersih wajah berbentuk kertas.
 ??  ?? LANGKAH pertama titiskan beberapa titis air ke atas produk.
LANGKAH pertama titiskan beberapa titis air ke atas produk.
 ??  ?? HELAIAN nipis untuk sekali pencucian.
HELAIAN nipis untuk sekali pencucian.
 ??  ?? LANGKAH kedua, gosok dengan tangan bersih sehingga berbuih.
LANGKAH kedua, gosok dengan tangan bersih sehingga berbuih.
 ??  ?? LANGKAH ketiga, buih pembersih kemudianny­a disapu ke wajah.
LANGKAH ketiga, buih pembersih kemudianny­a disapu ke wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia