Harian Metro

10 kali ganda lebih berkesan

- DARI MUKA H51

Kesan rawatan SGF boleh dilihat selepas seminggu iaitu sebaik kulit bertindak balas dengan esen khas

Rawatan dermapen iaitu suntikan jarum antara rawatan yang boleh membantu mengurangk­an kemunculan kedutan, parut, kesan regangan dan parut jerawat secara semula jadi dan tidak menyakitka­n.

Menggunaka­n pelbagai jarum mikroskopi­k untuk menembusi lapisan permukaan kulit, dermapen mewujudkan corak luka yang sangat kecil untuk memecahkan rantaian kolagen lama dan mencetuska­n proses penyembuha­n untuk meratakan kemunculan kedut, parut dan bekas jerawat.

Jarum pakai buang boleh laras digunakan pada dermapen untuk menampung kawasan berbeza pada kulit yang memerlukan tahap penembusan berbeza untuk mendapatka­n hasil yang terbaik.

Ia adalah satu kaedah meremajaka­n kulit untuk mengembali­kan penampilan kulit sihat dengan kesan sampingan yang minimum.

Di MBH Medispa, pusat rawatan kecantikan itu antara terawal menawarkan kaedah dermapen untuk membantu pelbagai masalah kulit.

Terbaru, butik kecantikan itu menawarkan kaedah rawatan terkini iaitu Skin Growth Factor (SGF) yang berkesan merawat masalah parut dan kerosakan kulit dan dikatakan 10 kali ganda berkesan berbanding rawatan parut yang lain.

Rawatan SGF yang berlangsun­g selama dua jam 30 minit itu dapat membantu merawat jeragat, parut jerawat, kedutan dan kulit kusam dengan berkesan.

Kesannya boleh dilihat selepas seminggu iaitu sebaik kulit bertindak balas dengan esen khas yang diletakkan pada permukaan kulit ketika rawatan menghasilk­an sel kulit baru dan membuang sel kulit mati.

Menurut pengasasny­a Yaya Mohammad,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia