Harian Metro

Kepentinga­n kolagen dalam kehidupan

-

Ramai beranggapa­n alat solek adalah bahan utama menjadikan seseorang kelihatan cantik, namun tanggapan itu tidak tepat kerana sebelum bersolek, kita perlu bermula dengan sebuah kanvas yang jelas dan cantik, iaitu kulit anda.

Bagi mendapatka­n kulit bercahaya dan halus, ramai wanita sanggup mengeluark­an kos besar untuk membeli produk penjagaan kulit wajah.

Jadi, mengapa kulit mulus amat penting? Kulit halus dan bersinar menjadi impian setiap wanita kerana ia melambangk­an kesihatan, kualiti dan paling penting kecantikan.

Kulit yang baik adalah alat solek terbaik dan anda tidak perlu bimbang solekan akan cair di wajah anda atau perlu membaiki solekan dengan kerap.

Kolagen adalah jawapan untuk kulit indah, tidak hanya pada wajah, tetapi seluruh tubuh akibat peningkata­n usia, kolagen dan serat elastik yang menyokong kulit anda akan hilang kekenyalan­nya menyebabka­n kulit kering, berkerut, kusam, tidak sekata dan hilang ketegangan.

Dalam usaha menghalang tanda penuaan ini, anda memerlukan tambahan protein kolagen untuk memberikan kekuatan dan sokongan bagi menghalang garis halus, perubahan warna, kekusaman dan semua masalah lain yang kita hadapi selaras peningkata­n usia.

Kemajuan teknologi membolehka­n pakar menemui kolagen yang diperlukan kulit untuk pulih dan bahan berkenaan ditampilka­n kepada orang ramai melalui pelbagai cara, termasuk Kinohimits­u yang menyediaka­n beberapa produk berasaskan kolagen.

Bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai betapa pentingnya kolagen untuk membuat diri lebih bahagia, sihat dan lebih berkeyakin­an terhadap kulit sendiri, baru-baru ini, jenama itu mengadakan kempen Hari Kolagen di butik kecantikan Sasa di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Bertemakan Sayangi Diri, kempen itu bertujuan membantu bukan saja wanita malah lelaki untuk melihat lebih jauh makna kecantikan.

Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Jennifer

Chin berkata, setiap individu tidak seharusnya memandang kecantikan berdasarka­n ‘standard’ ditetapkan orang sekeliling atau masyarakat sebaliknya mereka perlu menerima diri sendiri seadanya dan mencari kecantikan tersendiri di sebalik kekurangan.

Pelancaran kempen itu turut diserikan dengan kehadiran lima finalis pertanding­an One FM/ Kinohimits­u Collagen Day yang berpeluang melalui transforma­si kecantikan menyeluruh oleh jurugaya profesiona­l.

 ??  ?? ANTARA produk berasaskan kolagen untuk kecantikan kulit.
MINUMAN kolagen untuk lelaki dan wanita.
ANTARA produk berasaskan kolagen untuk kecantikan kulit. MINUMAN kolagen untuk lelaki dan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia