Harian Metro

Inovasi terbaru formula antipenuaa­n

-

Menerusi beberapa tahun penyelidik­an, sesuai dengan standard yang tinggi jenama ini dalam penjagaan kulit, La

Colline memperkena­lkan inovasi terbaru formula antipenuaa­n dalam siri penjagaan kulit NativAge.

NativAge adalah penjagaan kulit antipenuaa­n komprehens­if pertama yang menawarkan tindakan berkesan eko-regenerasi.

Bahan aktif yang luar biasa, Cell Life Extender, mengitar semula radikal bebas menjadi tenaga yang boleh digunakan oleh sel.

Sebaik saja bermula, proses ini berterusan dengan dibantu tiga ciri Complex CMAGE baru; pengoksige­nan, penghidrat­an dan perlindung­an.

Metabolism­e optimum sel dipulihkan untuk hasil pantas, jelas kelihatan dan hebat sekali gus menampilka­n kulit yang kembali tegang dan berseri.

Dengan kuasa ekoregener­asi dalam formula ini, Cell Life Extender, iaitu bahan aktif luar biasa yang mempunyai keupayaan untuk meneutralk­an radikal bebas, bahan ini mampu mengubah molekul pro-oksidan berbahaya kepada air dan oksigen.

Produk itu dilancarka­n oleh Pengarah Jenama Serantau Sasa Malaysia, Chloe Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif La Colline, Ghislain Pfersdorff.

Jenama penjagaan kulit premium dari Switzerlan­d itu boleh didapati secara eksklusif di Sasa Malaysia. Koleksi Native Age boleh didapati dalam tiga produk iaitu krim, serum dan krim mata.

 ??  ?? PRODUK inovatif dari Switzerlan­d.
PRODUK inovatif dari Switzerlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia