Harian Metro

Pelbagai gaya rambut pendek

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Mampu tonjol kecantikan raut wajah seseorang wanita

Gaya potongan rambut panjang memang sinonim dengan sifat feminin dan menyerlahk­an kewanitaan, bagaimanap­un semakin ramai wanita yang menggilai gaya rambut pendek atau potongan ‘bob’ dan ‘pixie’.

Trend berambut pendek ini tidaklah asing, bahkan ramai selebriti Hollywood tampil anggun biarpun tanpa rambut panjang mengurai.

Rambut pendek dilihat mampu menonjolka­n kecantikan raut wajah seseorang wanita. Antara selebriti yang tampil jelita dengan rambut pendek adalah Emma Stone, Emma Roberts, Jennifer Lawrence, Rihanna, Dua Lipa, Anne Hathaway dan supermodel adik beradik, Gigi dan Bella Hadid.

Di negara ini, berdepan cuaca panas mungkin antara sebab ramai yang memilih berambut pendek. Ia bukan saja membuatkan kepala terasa lebih ringan bahkan ada yang memilih gaya ini kerana lebih mudah menjaganya.

Bagi yang berdepan masalah rambut bercabang atau rosak, pemilihan gaya rambut pendek mungkin antara jalan untuk mengatasin­ya.

Sekali sekala apa salahnya kita cuba mempelbaga­ikan gaya potongan rambut untuk memberi sedikit kelainan atau mungkin juga boleh mencipta identiti baru yang lebih berani dan seksi dengan berambut pendek.

Biarpun rambut pendek dilihat seperti sukar digayakan, sebenarnya dengan sedikit kreativiti, imaginasi dan keberanian mencuba gaya baru, banyak penampilan boleh dihasilkan. Berikut beberapa gaya rambut pendek untuk dicuba:

1. Lurus dan kemas

Sapu sedikit krim rambut ketika rambut masih lembap dan sikat ke belakang. Keringkan secara melurus menggunaka­n pengering rambut dan gunakan pelurus rambut di bahagian rambut yang sukar diluruskan. Gunakan hujung sikat yang tajam untuk menolak semua rambut ke belakang.

2. Bertekstur dan sedikit kusut

Sebaik selesai mandi, keringkan rambut menggunaka­n tuala dan sembur dengan penyembur rambut. Gunakan sikat berus ketika mengeringk­an rambut dengan pengering rambut dan gulung lapisan pertama rambut ke satu arah yang sama.

Sapukan sedikit minyak rambut di bahagian hujung rambut. Kusutkan sedikit di bahagian atas dahi dan selitkan bahagian rambut lain di belakang telinga.

3. Pendek beralun

Belah tengah rambut secara rata dan letakkan krim rambut yang menambah tekstur pada rambut yang masih lembap. Keringkan dengan pengering secara melurus menggunaka­n sikat bulat.

Gunakan penggulung rambut di bahagian penghujung rambut. Sapukan krim gaya rambut menggunaka­n hujung jari dan sapu pada bahagian hujung rambut yang bergulung.

4. Sofistikat­ed

Sapukan krim tekstur pada rambut lembap. Belah rambut di tengah dan sikat sebaik kering secara semula jadi. Sapukan gel menggunaka­n hujung jari ke seluruh rambut untuk mendapatka­n lebih tekstur. Sarungkan cekak rambut yang nipis untuk menampakka­n rambut lebih sofistikat­ed.

5. Pendek kerinting

Sembur penyembur rambut untuk menambah kelebatan rambut. Keringkan rambut menggunaka­n pengering rambut dengan cara menunduk untuk membuatkan­nya kelihatan lebih lebat.

Sebaik kering, gunakan penggulung untuk menggulung­kan seluruh rambut. Apabila rambut kering, sembur dengan gel dan gunakan tangan untuk menghasilk­an gaya kusut tetapi menarik.

 ??  ?? SEKALI-sekala ubah penampilan dengan berambut pendek.
SEKALI-sekala ubah penampilan dengan berambut pendek.
 ??  ?? RIHANNA antara selebriti yang terkenal dengan gaya rambut pendek.
RIHANNA antara selebriti yang terkenal dengan gaya rambut pendek.
 ??  ?? PASTIKAN gaya potongan bersesuaia­n dengan bentuk wajah.
PASTIKAN gaya potongan bersesuaia­n dengan bentuk wajah.
 ??  ?? POTONGAN pendek lebih mudah dijaga dan diuruskan.
POTONGAN pendek lebih mudah dijaga dan diuruskan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia