Harian Metro

‘Tak rasa terbeban layan peminat’

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Lebih sedekad membina nama, baru beberapa tahun ini populariti menjadi milik penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar.

Semuanya bermula selepas Alif, 28, membintang­i drama Dia Semanis Honey bersama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana pada 2016.

Pada tahun itu juga kelab peminat Alif

Satar Official (ASOFC) ditubuhkan pada 9 Mei dan dilancar secara rasmi pada September.

Mengakui sokongan peminat menjadi sebahagian daripada pencapaian populariti­nya kini, Alif selesa melayan peminat.

“Setakat ini, tidak pula saya pernah berasa terbeban melayan peminat. Apatah lagi, semua peminat saya okey.

“Mereka menghormat­i kehidupan peribadi saya yang sudah berkeluarg­a,” katanya.

Menurut Alif, sokongan padu peminat kepadanya dalam beberapa tahun kebelakang­an ini juga sangat bermakna.

“Bukan mudah untuk saya berada pada tahap sekarang. Jadi, saya amat menghargai apa yang diperoleh ini.

“Malah, apa yang giat saya lakukan kini adalah berusaha mempertaha­nkan populariti dimiliki kekal di tahapnya.

“Bagaimanap­un, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kelab peminat saya yang sentiasa aktif memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ASOFC di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, isterinya, Sha Dila Halid, 34, anak dan ibu bapa Alif.

Menurut Alif, dia sangat berbesar hati dengan sikap ahli ASOFC yang tidak berkira soal kewangan.

“Untuk majlis berbuka puasa ini mereka perlu mengeluark­an wang dan ia berjaya dikumpulka­n dengan bersatu hati.

“Apa yang dilakukan ini membuat saya terharu dan begitu menghargai sokongan diberikan.

Diam tak diam, kali ini adalah penganjura­n majlis berbuka puasa yang ketiga diaturkan ASOFC bersama saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya bagaimana dia memastikan ruang peribadiny­a dan keluarga tidak diganggu peminat, Alif berkata, cukup baginya berkongsi sekadar yang perlu.

“Dalam era perkembang­an teknologi masa kini, saya tak nafikan pengaruh media sosial agak besar kepada selebriti.

“Namun, saya sentiasa pastikan berkongsi foto dan aktiviti keluarga yang sesuai bersama

 ??  ?? ALIF bersama
Sha Dila dan anak mereka.
ALIF bersama Sha Dila dan anak mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia