Harian Metro

Ainul Farhana Program menarik 2 stesen popular

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Sempena Aidilfitri tahun ini, dua stesen radio popular di bawah Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) iaitu Hot FM dan Kool FM menyediaka­n beberapa program menarik sepanjang Ramadan dan Syawal.

Bagi pendengar Hot FM, mereka boleh mengikuti filem pendek berjudul Mana Angah? manakala pendengar Kool FM boleh berhibur dengan medley lagu Raya Kool FM.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata, setiap tahun pasti ada filem pendek raya disajikan buat peminat industri hiburan dan mencuit hati penonton tempatan.

“Sebagai platform media, Hot FM tidak mahu terlepas menghiburk­an pendengar dengan filem pendek untuk Aidilfitri kali ini.

“Filem pendek Mana Angah? membawa mesej sayangi keluarga tidak kira apa pun situasi yang kita hadapi,” katanya.

Ainul berkata, pihaknya berharap penonton terhibur dengan pengisian filem pendek ini yang boleh ditonton di platform YouTube Hot TV bermula 1 Jun lalu.

Mana Angah? menampilka­n Shuk sebagai Angah di samping penyampai Hot FM antaranya Ajak, Fizie, Zetty, Deen, Issey, Ammar, Haziq, El dan Sarancak.

Ia turut dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Fazlina Ahmad

Daud, Jalil Hamid, Eyka Farhana dan Farah Nabilah.

Dalam pada itu, Ketua Program Kool FM, Nik Nor Azura berkata, lagu medley Raya Kool FM menggabung­kan beberapa lagu raya popular sepanjang zaman.

“Ia bertepatan dengan ‘tagline’ Temanmu Muzikmu kerana mahu menjadikan lagu ini sebagai peneman setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Tahun lalu, Jamming Hot Raya dan Airmata Syawal memberi impak kepada pendengar dan ia jelas menandakan kedua-dua program raya itu diterima baik,” katanya.

Lagu medley Raya Kool FM

Hot FM terus saji filem pendek, Kool FM gabung lagu raya popular

menampilka­n penyampai Kool FM seperti AG, Haiza, Muaz, Rea, Liza, Andy Hakim dan Ezaq.

Dua penyanyi popular tanah air iaitu Misha Omar dan Lan Solo turut bersamasam­a menyampaik­an lagu ini yang mula berkemunda­ng sejak 1 Jun lalu.

Antara lagu raya yang digabungka­n ialah Satu Hari Di Hari Raya (Datuk M Nasir), Sesuci Lebaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Suasana Hari Raya (Anuar Zain dan Ellina), Suasana Hari Raya (Allahyarha­m Datuk Sharifah Aini), Selamat Hari Raya (Allahyarha­m Puan Sri Saloma) dan Aidilfitri (Sanisah Huri).

Selain program itu, Hot FM dan Kool FM turut perkenalka­n beberapa program baru sempena Aidilfitri ini bermula 15 Jun hingga 24 Jun depan.

Melalui Hot FM program Fantastik 4 Raya menggabung­kan Wany Hasrita, Naim Daniel, Ara Johari dan Haqiem Rusli, program Al Kisah Raya menampilka­n Naim Daniel, Deen, Issey dan Ammar, program Suara Dari Tirai Besi kendalian Ajak.

Selain itu, Soal Sentap Raya (Sherry Alhadad), Dapur Bujang Raya (Shuk dan Fendi Balas), Mark Adam Beraya (Mark Adam), Di Sebalik Lebaran (Tajul), Balik Kampung Saya (Black), Jom Beraya Bersama Aiman Tino dan Fara Hezel, Jangan Marah Cumi Cumi Beraya dan Top 40 Hot Raya.

Bagi Kool FM pula antaranya program Raya Dulu vs Raya Sekarang (Datuk Nassier Wahab dan Naim Daniel), stimewa Syawal Apa Khabar rtis Kool, Jejak Kool Airmata Syawal, Kool Workout Raya Bersama Liza dan Shiha Zikir, Hero Lebaran (Andy Hakim).

Selain itu, rogram Dramatik Kool Syawal bersama

AG, Muaz dan Haiza dan terakhir, Selingan Lebaran Versi Live yang menampilan persembaha­n ‘throwback’ konsert GrandSlam, Konsert

Awie Live Unplugged,

Ziana Zain

 ?? FOTO ?? PENYAMPAI Hot FM, Kool FM, pelakon Filem Pendek Hot FM dan Medley Lagu Raya Kool FM bergambar bersama selepas majlis berbuka puasa di TPC Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tahun lalu, Jamming Hot Raya dan Airmata Syawal beri impak kepada pendengar dan...
FOTO PENYAMPAI Hot FM, Kool FM, pelakon Filem Pendek Hot FM dan Medley Lagu Raya Kool FM bergambar bersama selepas majlis berbuka puasa di TPC Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tahun lalu, Jamming Hot Raya dan Airmata Syawal beri impak kepada pendengar dan...
 ??  ?? AMAR Hot FM
AJAK Hot FM
ISSEY Hot FM
HAIZA Kool FM
AMAR Hot FM AJAK Hot FM ISSEY Hot FM HAIZA Kool FM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia