Harian Metro

Cadang kadar SST kurang 6 peratus

-

Kuala Lumpur: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dicadang dilaksanak­an pada kadar yang lebih rendah atau kurang daripada enam peratus untuk mengelak kesan ketara terhadap harga produk.

Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), James Loke berkata, pelaksanaa­n SST melebihi kadar itu juga secara tidak langsung akan mempengaru­hi kuasa membeli pengguna.

“Ketika mesyuarat tadi (semalam) kami berkongsi pandangan mengenai SST agar kadarnya tidak tinggi kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada kos dan harga jualan produk.

“Kami memahami kerajaan memerlukan pendapatan untuk negara tetapi kami berharap kebijaksan­aan ahli Majlis Penasihat Kerajaan agar tampil pada kadar yang baik,” katanya ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini, semalam.

Menurut Loke, GST pada kadar sifar ketika ini dilihat memberi perubahan positif kepada kuasa membeli pengguna.

“Pada hujung minggu lepas umpamanya, MRA melihat momentum perniagaan sangat baik kerana ramai pengguna sedang menunggu saat penurunan harga untuk membeli-belah,” katanya.

Kerajaan mengumumka­n penetapan GST pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu. SST akan dilaksanak­an semula mulai 1 September menggantik­an GST.

Pelaksanaa­n SST melebihi kadar itu juga secara tidak langsung mempengaru­hi kuasa membeli pengguna”

James Loke

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia