Harian Metro

Joli guna wang RM100 palsu

-

Jasin: Seorang lelaki menggunaka­n wang kertas palsu bernilai RM100 untuk berbelanja di beberapa premis perniagaan di sekitar daerah ini.

Difahamkan, lelaki itu ke premis tertentu untuk membuat pembayaran menggunaka­n wang RM100.

Malah dia juga bergegas keluar dari premis apabila juruwang menyedari wang digunakan itu palsu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada jurujual sebuah kedai serbaneka 24 jam yang terletak di Taman Maju, di sini.

Katanya, laporan polis turut dibuat jurujual wanita berusia 19 tahun itu selepas menerima wang terbabit, Jumaat lalu daripada pelanggan jam 2.15 petang.

“Wang kertas disyaki palsu dengan nombor siri BY7594000 itu disedari ketika pengadu membuat pengiraan wang hasil jualan.

“Apabila semakan dibuat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pengadu mendapati ia diperoleh daripada pelanggan lelaki yang membuat pembayaran bil Astro,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Arshad berkata, pengadu mengesyaki wang itu palsu berdasarka­n kualiti wang kertas yang tiada jalur serta tiada pantulan ungu.

“Wang kertas disyaki palsu itu dirampas untuk dihantar ke Bank Negara bagi pengesahan.

“Rakaman CCTV turut diteliti untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV suspek guna wang palsu RM100 untuk berbelanja di sekitar daerah Jasin.
RAKAMAN CCTV suspek guna wang palsu RM100 untuk berbelanja di sekitar daerah Jasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia