Harian Metro

Kongsi rezeki

- Nurul Amanina Suhaini news@nstp.com.my

Pengeluar minuman terkemuka dunia, Coca-Cola menerusi Coca-Cola Malaysia berkongsi kegembiraa­n bersama lebih 3,000 golongan kurang bernasib baik di sekitar Semenanjun­g Malaysia dalam penganjura­n program

Ketua Hal Ehwal Umum dan Komunikasi Coca-Cola Bottlers Malaysia, Finaswani Mohamed Zin berkata, program amal tahunan yang mendapat kerjasama Yayasan Kemanusiaa­n Muslim Aid Malaysia itu bagi meraikan golongan sasaran di samping memenuhi tanggungja­wab sosial korporat syarikat.

“Sehingga kini, lebih 3,000 penerima termasuk anak yatim, kanak-kanak daripada keluarga miskin, penghuni rumah orang tua, Orang Asli dan pelarian menerima manfaat di 17 lokasi di Semenanjun­g. “Coca-cola Malaysia sudah menjalin kerjasama lebih lapan tahun dengan yayasan

 Coca-Cola Malaysia salur bantuan kepada 3,000 penerima

itu bagi memberi sokongan termasuk membantu menyajikan hidangan berbuka puasa selain menganjurk­an aktiviti menarik dan sumbangan duit raya untuk golongan sasaran.

“Pada acara sempena membawakan keceriaan musim perayaan bagi tahun ini, program bermula di lokasi pertama iaitu Masjid Al-Ubudiah di Ampang pada 17 Mei lalu dan akan mengembara ke semua lokasi terpilih sekitar Semenanjun­g Malaysia sebelum berakhir di Kuala Lumpur,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Hal Ehwal Umum dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Mohamed Kadri Mohamed Taib dan Pengerusi Yayasan Kemanusiaa­n Muslim Aid Malaysia, Wan Rosli Wan Muda.

Finaswani berkata, pihaknya menyasarka­n lebih 5,000 penerima bagi program yang akan dijalankan di 24 lokasi termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Pada majlis itu katanya, seramai 165 anak yatim dan kanak-kanak Rohingya di sekitar bandar raya ini diraikan daripada pusat kebajikan Rohingya Tampoi, Anak Yatim Shafar dan Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah, dekat sini.

“Seramai 40 sukarelawa­n terbabit secara langsung di lokasi ke-17 ini bagi memberi keceriaan kepada kanak-kanak berusia empat hingga 17 tahun menerusi aktiviti menggembir­akan sementara menunggu waktu berbuka seperti pertanding­an mewarna, kuiz dan pemberian duit raya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FINASWANI (tengah) bersama Mohamed Kadri (dua dari kanan) dan Wan Rosli Wan Muda (kanan) pada Program Fast2Feed yang diadakan di Marrybrown, Perling Mall, Johor Bahru.
FINASWANI (tengah) bersama Mohamed Kadri (dua dari kanan) dan Wan Rosli Wan Muda (kanan) pada Program Fast2Feed yang diadakan di Marrybrown, Perling Mall, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia