Harian Metro

Sang sawa ‘kepala haruan’

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

“Pada mulanya saya sangka kepala ikan haruan, apabila diamati betul-betul, rupa-rupanya ular sawa.

“Nasib baik saya tidak menangkapn­ya (ular sawa),” kata Rasol Ahmad, 52, selepas melihat ular sawa sepanjang 1.5 meter dalam longkang bangunan Kemahiran Hidup di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kem Terendak, Sungai Udang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi, Rasol sedang berjalan di kaki lima bangunan terbabit, sebelum melihat satu objek pelik di dalam longkang berkenaan.

Katanya, pada mulanya dia menyangka objek itu kepala ikan haruan dan bercadang menangkapn­ya menggunaka­n sauk.

Bagaimanap­un,

Rasol terkejut apabila mendapati kepala haruan itu sebenarnya kepala ular sawa yang berlingkar di dalam longkang yang mempunyai sedikit air.

“Saya minta kawan menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Kem Terendak dan sebaik saja anggota bomba tiba, mereka menangkap ular berkenaan menggunaka­n peralatan khas,” katanya.

Ketika cuba ditangkap ular itu tidak mampu melarikan diri kerana kekenyanga­n, dipercayai baru menelan anak monyet.

Rasol berkata, kawasan terbabit sememangny­a mempunyai banyak monyet, tetapi tidak pernah menyerang pelajar di maktab itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kem Terendak berkata, pihaknya menghubung­i Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri untuk mengambil tindakan selanjutny­a ke atas ular sawa berkenaan.

Seorang suri rumah yang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa tergamam apabila dua ular berlainan spesies memasuki rumahnya di Taman Serendah Makmur, Serendah, di sini.

Kejadian jam 7 malam semalam, disedari mangsa, Nor Hafizah Asri, 27, yang terkejut apabila menemui ular tedung selar dan ular rusuk kerbau berada di dalam bilik di kediamanny­a.

“Saya terkejut melihat ular sepanjang tiga meter berwarna

 ??  ?? ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar yang memasuki rumah penduduk.
ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar yang memasuki rumah penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia