Harian Metro

Warden ditipu ‘mat salih’ RM100,000

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Mudah sangat percaya hingga ditipu. Itu nasib menimpa warden asrama yang kerugian hampir RM100,000 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam yang menyamar sebagai ‘mat salih’ menetap di Amerika Syarikat.

Menurut sumber, warden lelaki berusia 53 tahun itu berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum suspek memberitah­u mahu mengirim barang dan meminta mangsa menyimpann­ya.

“Mangsa berkenalan dengan suspek dikenali sebagai Michael Jose Jeffry melalui Facebook dan kemudian berhubung menerusi WhatsApp.

“Suspek kemudian didakwa memberitah­u warden terbabit dia mengirim barang dan meminta mangsa menyimpann­ya. Suspek kononnya akan datang ke negara ini untuk mengambil barang itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber

itu

berkata, mangsa bersetuju dan memberikan alamat rumah sebelum menerima panggilan mendakwa daripada syarikat kurier, 10 Mei lalu.

Katanya, pemanggil wanita itu didakwa memaklumka­n mangsa perlu membayar cukai RM10,000 kerana barang dikirim sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi melebihi had berat.

“Mangsa kemudian membuat bayaran RM10,000 ke dalam satu akaun bank diberikan.

“Bagaimanap­un, mangsa

Smendakwa sekali lagi dihubungi kakitangan syarikat kurier yang memberitah­u dia perlu menjelaska­n RM40,100 lalu melakukan transaksi jumlah itu.

“Namun, mangsa dihubungi sekali lagi kononnya barang dikirim perlu mendapat kelulusan kerana tidak disahkan pihak berkuasa negara ini.

“Seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai pegawai bernama Remy meminta mangsa membayar RM200,000. Mangsa hanya memindahka­n RM15,000 pada 21 Mei dan RM15,000 lagi, 30 Mei lalu,” katanya.

Katanya, mangsa mendakwa sekali lagi diminta membayar RM30,000 tetapi mula mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superinten­dan Tey Kong Seng mengesahka­n menerima laporan daripada mangsa dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. empena Ramadan, COURTS Malaysia berkongsi kegembiraa­n bersama ibu tunggal dan golongan asnaf dengan mengagihka­n bubur lambuk di 20 cawangan terpilih seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dolf Posthumus berkata, pihaknya berbesar hati berkongsi kegembiraa­n bersama pelanggan beragama Islam.

“Kami turut memberi diskaun 10 peratus untuk barangan elektrik terpilih sehingga jam 11 malam esok (malam ini) dan Khamis.

“Inisiatif di bawah program Rumah Amal COURTS ini memberi peluang kepada kami mendekati dan membantu golongan kurang bernasib baik,” katanya ditemui di sini, semalam.

Beliau berharap sumbangan itu dapat memberi kesan positif dalam hidup dan pada masa sama membolehka­n mereka menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraa­n.

“Sebagai syarikat peruncitan yang menyediaka­n barangan isi rumah, kami secara konsisten memberi perkhidmat­an terbaik kepada komuniti,” katanya.

Turut hadir, selebriti Nana Mahazan dan Hunny Madu yang turut memasak dan mengagihka­n bubur lambuk.

Memasuki tahun keempat, Kuala Lumpur: Sepasukan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai dokumen disyaki ada kaitan dengan penjualan 64 lot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dianggarka­n bernilai RM4.28 bilion, semalam.

Semua dokumen itu disita susulan pemeriksaa­n sepasukan lima pegawai dan anggota SPRM di bangunan Menara 1 DBKL di sini, bermula jam 10.30 pagi semalam.

Sumber memberitah­u, SPRM memulakan siasatan berhubung kes berkenaan sejak bulan lalu dan tindakan menyita dokumen itu sebagai tindakan susulan daripada siasatan yang mereka jalankan.

“Antara dokumen yang disita itu diambil daripada Jabatan Perancanga­n Ekonomi dan Pembanguna­n DBKL.

“Semua dokumen berkenaan dibawa balik ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutny­a,”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia