Harian Metro

Shafie kemuka permohonan batal saman cabar pelantikan Dosa pukul bapa

- Nur Saliawati Salberi cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukak­an permohonan ke

Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin untuk membatalka­n saman oleh Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan­nya sebagai Ketua Menteri.

Mohd Shafie mengemukak­an permohonan itu atas alasan bekas Ketua Menteri itu tidak mempunyai alasan munasabah untuk mencabar pelantikan­nya.

Dalam kenyataann­ya, Mohd Shafie berkata, saman difailkan Musa bersifat ‘skandal dan remeh’ serta penyalahgu­naan proses mahkamah.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu adalah defendan kedua dinamakan Musa dalam saman difailkan pada 17 Mei lalu yang mana Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sebagai defendan pertama.

Permohonan Mohd Shafie difailkan melalui firma guaman Messrs Lind Willie Wong & Chin.

Dalam afidavit yang menyokong permohonan­nya untuk membatalka­n saman itu, Mohd Shafie berkata, tidak dapat dipertikai­kan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah selepas partinya bersama PKR, DAP dan Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Ia berdasarka­n sokongan 35 wakil rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) Sabah bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dengan 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruha­n 60 kerusi DUN.

Seorang berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam, atas tuduhan memukul bapanya menggunaka­n kayu, bulan lalu.

Muhammad Amir Mohamad Yatim, 27, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan parah terhadap bapanya berusia 59 tahun di bahagian jari tengah tangan kiri dengan memukul menggunaka­n sebatang kayu berukuran 107 sentimeter.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

lelaki

 Anak mengaku cederakan ayah guna kayu

yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa gagal mengemukak­an kad pengenalan yang sah ketika pemeriksaa­n polis dilakukan.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, jam 8.30 pagi pada 23 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baru untuk fakta hukuman, selain tidak mencadangk­an sebarang jaminan. Tertuduh pula tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun ini untuk serahan dokumen dan fakta hukuman.

 ??  ?? MUHAMMAD Amir diiringi anggota
polis keluar dari mahkamah.
MUHAMMAD Amir diiringi anggota polis keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia