Harian Metro

Terus kebas

 Lelaki larikan motosikal selepas buat pemeriksaa­n untuk dipandu uji

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki berpura-pura mahu memandu uji sebuah motosikal sebelum melarikan kenderaan itu di Jalan Reko, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohd Shulmizan Mohd Surajim, 21, berkata, dia sebelum ini memuat naik iklan untuk menjual motosikal Yamaha RXZ milik abangnya di laman jual beli dalam talian, kelmarin.

Katanya, seorang lelaki kemudian menghubung­i dan menyatakan hasrat mahu membeli motosikal berkenaan pada harga RM5,000 sebelum mengatur pertemuan di Jalan Reko pada jam 1.30 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, lelaki itu ada membuat pemeriksaa­n terhadap motosikal berkenaan sebelum meminta izin untuk menguji motosikal itu di kawasan sekitar.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa dan membenarka­n lelaki itu menunggang motosikal berkenaan,” katanya.

Mohd Shulmizan berkata, dia bagaimanap­un pelik apabila lelaki itu tidak muncul selepas beberapa minit menunggu.

“Saya berusaha mencarinya di kawasan sekitar, namun gagal. Selepas lebih dua jam mencari, saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, dia tidak mengenali suspek dan hanya berkomunik­asi melalui panggilan telefon dan mesej di laman sosial.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung motosikal atau lelaki itu diminta menghubung­i balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL Yamaha RXZ milik abang Mohd Shulmizan yang dibawa lari seorang lelaki di Jalan Reko, awal pagi semalam.
MOTOSIKAL Yamaha RXZ milik abang Mohd Shulmizan yang dibawa lari seorang lelaki di Jalan Reko, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia