Harian Metro

Bapa kalut sampai campak anak

 Lelaki gagal lari diri dari kepungan polis selepas motosikal terbabas positif amphetamin­e

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Gara-gara panik, seorang bapa tergamak mencampak anaknya berusia dua tahun ketika cuba lari daripada ditahan polis dalam kejadian di Kampung Fajar, Hulu Kelang di sini.

Dalam kejadian jam 10.15 malam kelmarin, suspek bersama isteri dan anak lelakinya dilihat duduk di atas motosikal sambil berbual bersama beberapa lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, semua suspek melarikan diri sebaik dihampiri sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Melawati.

Menurutnya, suspek memecut motosikaln­ya sebelum dikejar anggota polis hingga suspek hilang kawalan dan terjatuh.

“Suspek menarik tangan anaknya yang duduk di raga bakul motosikal sebelum menggendon­g dan cuba melarikan diri daripada kepungan polis.

“Namun suspek melempar anaknya sejauh kira-kira lima meter menyebabka­n mangsa menggelong­sor dan terkena pagar zink serta dawai sebuah rumah setinggan di situ.

“Anggota kami menyelamat­kan kanak-kanak itu yang terbaring dan menangis kesakitan. Pada masa sama, suspek berjaya ditangkap.

“Bagaimanap­un isterinya berjaya meloloskan diri dan usaha mengesanny­a dilakukan,” katanya dalam satu sidang media di Balai Polis Taman Melawati di sini, semalam.

Tambah beliau, pemeriksaa­n mendapat motosikal Honda EX5 digunakan suspek adalah motosikal curi yang dilaporkan hilang di daerah ini pada April lalu, selain ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamin­e.

“Polis mengesyaki suspek terbabit dalam kegiatan curi motosikal di daerah ini dan kami jalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) menunjukka­n motosikal curi yang ditunggang suspek.
HAMZAH (tengah) menunjukka­n motosikal curi yang ditunggang suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia