Harian Metro

SAHAM MEROSOT

-

TAnanda Krishnan sedang menimbangk­an kemungkina­n menjadikan Astro Malaysia Holdings Bhd sebagai syarikat persendiri­an selepas saham pengendali televisyen berbayar itu merosot ke paras terendah, kata individu yang rapat dengan perkembang­an itu.

Hartawan itu dikatakan membangkit­kan semula rancangann­ya untuk membeli saham Astro yang tidak dimilikiny­a, menurut individu berkenaan yang enggan dikenali kerana maklumat itu sulit.

Ananda dilaporkan sudah berbincang dengan penasihat berpotensi mengenai opsyen pembiayaan dan sudah bertemu dengan beberapa pelabur utama bagi mengukur minat mereka, kata sumber itu.

Astro mempunyai nilai pasaran kira-kira AS$1.9 bilion (RM7.57 bilion) berdasarka­n harga penutup terakhirny­a.

Saham syarikat itu menjunam 46 peratus tahun ini setakat kelmarin, menjadikan­nya saham yang mencatatka­n prestasi paling buruk dalam kalangan indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI yang juga susut 2.3 peratus. Ananda adalah individu keempat paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih kira-kira AS$4.9 bilion, menurut Bloomberg Billionair­es Index. Beliau menguasai 40.9 peratus kepentinga­n di dalam Astro setakat 10 April lalu berdasarka­n laporan tahunan terkini syarikat berkenaan.

Sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd memiliki 20.7 peratus manakala dana persaraan pekerja swasta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menguasai 7.8 peratus.

Platform televisyen satelit itu menawarkan 189 saluran kepada lebih lima juta pelanggann­ya dan mencapai lebih 70 peratus isi rumah di Malaysia.

Bagaimanap­un, perbincang­an itu (pengambila­lihan) masih di peringkat awal dan tiada kepastian sama ada Ananda akan meneruskan rancangan berkenaan, menurut sumber itu lagi. - Bloomberg

 ??  ?? ANANDA (kiri) dipercayai menimbang kemungkina­n menjadikan Astro syarikat
p er s en dir ian .
ANANDA (kiri) dipercayai menimbang kemungkina­n menjadikan Astro syarikat p er s en dir ian .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia