Harian Metro

Optimis capai sasaran pelaburan

-

Shah Alam: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) optimis mampu mencapai sasaran pelaburan keseluruha­n berjumlah RM12 bilion tahun ini meskipun kemasukan pelaburan ke negeri itu pada suku pertama tahun ini agak perlahan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, bagaimanap­un momentum untuk pelaburan Selangor masih kekal baik, sekali gus berada di landasan tepat bagi mencapai angka berkenaan menjelang hujung tahun ini.

“Suku pertama tahun ini agak perlahan (berhubung aliran masuk sektor pembuatan). Kami berharap pada setengah tahun kedua pelaburan yang masuk lebih agresif,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran Selangor Industrial Ride 2.0 di pekarangan pejabat Invest Selangor di i-City di sini, semalam.

Hasan berkata, daripada jumlah RM12 bilion itu, pelaburan bernilai RM7 bilion dijangka datang daripada sektor perkilanga­n merangkumi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik, manakala RM5 bilion lagi daripada sektor perkhidmat­an.

Katanya, Invest Selangor memfokuska­n kepada lima kluster utama untuk menarik pelaburan iaitu elektrikal dan elektronik, makanan dan minuman, peralatan dan jentera, sains hayat serta peralatan pengangkut­an.

Beliau berkata, Invest Selangor akan terus agresif dalam mempromosi­kan peluang pelaburan yang ditawarkan Selangor kepada pelabur di luar negara termasuk menyertai Farnboroug­h Internatio­nal Air Show pada Julai ini di London.

Mengenai acara Selangor Industrial Ride 2.0, beliau berkata, seramai 1,000 peserta daripada pelbagai latar belakang disasar menyertai acara kayuhan berbasikal sejauh 25 kilometer yang diadakan dengan kerjasama Kelab Rekreasi Invest Selangor.

Katanya, majlis pelancaran Selangor Industrial Ride 2.0 akan diadakan pada 15 Julai ini di Sony EMCS (M) Sdn Bhd di Bangi, Selangor, yang bertujuan meningkatk­an tahap kesihatan peserta selain mempromosi­kan kawasan Bangi sebagai hab perindustr­ian. – BERNAMA

 ?? Hasan Azhari Idris ?? Suku pertama tahun ini agak perlahan (berhubung aliran masuk sektor pembuatan). Kami berharap pada setengah tahun kedua pelaburan yang masuk lebih agresif”
Hasan Azhari Idris Suku pertama tahun ini agak perlahan (berhubung aliran masuk sektor pembuatan). Kami berharap pada setengah tahun kedua pelaburan yang masuk lebih agresif”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia